Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nada (kata nama)
Bersinonim dengan bunyi suara, rentak, irama, tinggi rendah suara, intonasi lagu, melodi;,
Kata Terbitan : bernada,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perbezaan yang ketara antara "nada" , "ujaran" dan "intonasi" ? Berikan contoh. 2. Bolehkah nyatakan perbezaan yang jelas antara "bidalan" dan " pepatah"? Apabila diberi suatu "peribahasa", sukar untuk saya mengklasifikasikan peribahasa tersebut sama ada "bidalan" atau "pepatah".Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nada ialah bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll). Ujaran pula ialah sesuatu yg diucapkan atau disebutkan. Manakala makna intonasi ialah  turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). Bidalan dan pepatah ialah sama. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.04.2009
apakah maksud ditala?Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar.  Tala juga membawa maksud:
tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam.
tala III: menala memukul dgn tangan ter­genggam.
tala IV: hala, arah.
Makna12.12.2012
saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik?

Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman)

2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud.

3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)

Lain-lain14.07.2010
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''?Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan.Makna30.05.2011
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun

Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya  mengikut panduan  berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan.

2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

 

Lain-lain14.07.2010
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010
Apakah maksud 'ketaksiman' sebagaimana tertera di halaman 39 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Perkataan tersebut terkandung dalam ayat yang berbunyi "Kata beliau digunakan dalam sebutan ketaksiman".Perkataan ketaksiman sepatutunya dieja ketakseman, iatu daripada perkataan taksem yang mengikut Kamus Besar bahasa Indonesia bermaksud 1. unit gramatikal terkecil dari seleksi 2. urutan,tekanan,titi nada, modifikasi fonetik. Mohan maaf atas kesilapan menaip.Tatabahasa04.03.2008
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000?

Saudara,

Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar,  dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan.

Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan  seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan  KOMSAS  bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS  mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar.  KOMSAS lebih berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik.

Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya:

- mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional

- mengenal puisi moden dan puisi tradisional

- memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi

- memahami binaan dan teknik plot

- menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

- menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan

- menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

 

Sastera28.05.2011

Kembali ke atas