Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima? | Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |
Mengikut Kamus Dewan, apa yang dimaksudkan dengan Penerbitan dan Nafas Baru | enerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; manakala nafas baru ialah menghidupkan semula atau memberi idea baru supaya sesuatu itu dapat memberi saingan kepada produk atau hasil yang dikeluarkan. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
kami akan mengadakan minggu berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan di daerah Muallim. Kami berminat untuk menggunakan media digital di Majlis Daerah Tanjung Malim. temanya adalah: NAFAS BARU BERMULA RAMADAN saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk memeriksa tatabahasa dan perkataan yang digunakan sebelum dipamerkan di media digital. sekian, terima kasih. | Tema NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN sebagai slogan adalah betul daripada aspek penggunaan Bahasa. | Tatabahasa | 13.04.2018 |
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? | Ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa dan struktur ayat. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat di atas? | Ayat tersebut boleh digunakan tetapi dari segi makna, ayat tersebut telah lewah iaitu kedua-duanya mempunyai maksud meninggal dunia. | Tatabahasa | 29.06.2013 |
RAMAI yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Apakah maksud 'konglomerat' ? | Konglomerat ialah firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. | Istilah | 20.12.2008 |
pemeriksaan iklan untuk tayangan media digital | 1. Sila betulkan Nafas Baru kepada Kehidupan Baharu 2. Sila betulkan ejaan Ramadhan kepada Ramadan (pada setiap tempat yang berkaitan) 3. Betulkan ayat seperti berikut: Ramadan sebagai titik mula untuk berhenti merokok 4. Betulkan Infoline kepada Talian Utama 5. Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan/kain rentang/gegantung?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan yang telah dibuat pembetulan seperti yang dicadangkan di atas. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 13.04.2018 |
Betul ataupun tidak ayat ini? - Usahalah demi kejayaan mendatang, selagi nafas masih dapat dihembus. | Untuk pengetahuan tuan, ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada sebarang kesalahan di dalamnya kerana jika diteliti, ia lebih merujuk kepada ayat dalam karya sastera.. | Karya | 16.12.2015 |
Diftong ialah gabungan dua vokal ai,oi,au dalam satu hembusan nafas dan dalam satu suku kata yang sama. Saya ingin mengenalpastikan sama ada Gua,tua,peria adalah diftong atau vokal berganding? Sebab ada maklumat yang telah dicari menyatakan gua,tua,dan peria adalah diftong,dan ada yang menyatakan ia adalah vokal berganding. Terima kasih atas perkhidmatan yang diberi. | Melalui semakan kami terhadap data yang ada, hanya vokal ai, au, dan oi dikenali sebagai diftong. Vokal yang selain daripadanya dikenali sebagai vokal berganding. | Tatabahasa | 18.01.2014 |
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya. | 1) Perang Badar ialah kata nama khas. 2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar. 3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul. | Tatabahasa | 29.11.2011 |