apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas? | Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky. | Tatabahasa | 09.08.2010 |
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau. Apakah pandangan DBP? | Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP. | Tatabahasa | 25.08.2009 |
saya ingin mencari maklumat tentang nahu melayu dengan analisis cakupan. Apa yang dimaksudkan dengan analisis cakupan | Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir (1980), dan An Introduction to Malay Grammar (1968) oleh Prof Asmah Haji Omar; Grammar of the Malay Language oleh Tassilo Adam dan J.P. Butler (1948); Arbak Othman (1981), Tatabahasa Bahasa Melayu. | Makna | 12.01.2008 |
apakah perbezaan antara nahu penterjemahan dengan penterjemahan? | Penterjemahan ialah perihal atau kerja menterjemahkan sesuatu bahasa daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Untuk mengetahui tentang nahu atau tatabahasa terjemahan, saudara perlu memahami teori, teknik dan kaedah menterjemah sesuatu teks itu dengan merujuk buku berkenaan penterjemahan. | Tatabahasa | 07.02.2010 |
pendapat anda adakah penggunaan bahasa di akhbar tidak perlu mematuhi nahu bahasa yang betul berbanding akhbar pendidikan??? | Penggunaan bahasa di akhbar perlu mematuhi nahu bahasa Melayu yang betul walaupun terikat dengan cara penulisan akhbar dan gaya dalaman organisasi tersebut. | Lain-lain | 07.08.2010 |
Mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dalam Nahu Melayu Mutakhir pula menyenaraikan 6 alomorf termasuk menge- dan meny-. | Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk kepada penyusun Tatabahasa Dewan terlebih dahulu. Apabila merujuk buku Tatabahasa Dewan alomorf meny- wujud di bawah alomorf me-, iaitu bagi kata dasar yang bermula dengan huruf s. Manakala alomorf menge- wujud di bawah alomorf meng-, iaitu bagi perkataan yang mempunyai eka suku kata. Berkemungkinana dalam hal ini penyusun buku Tatabahasa Dewan tidak sependapat dengan penulis buku Nahu Mutakhir. | Tatabahasa | 14.10.2012 |
saya inginkan persoalan tentang nahu iaitu kata kerja dari segi permasalahan dan isu sekarang...bolehkan pihak anda beri maklumat kepada saya,kerana saya sekarang mengikuti ijazah sarjana kajian bahasa melayu. | Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai oleh kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Untuk membantu saudara dalam perkara ini, kami mencadangkan saudara mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat rujukan yang lebih mendalam. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai buku Nahu Melayu Mutakhir yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Adakah buku ini ada jual oleh mana-mana cawangan DBP? | Untuk memastikan hal tersebut, sila hubungi DBP Cawangan yang berhampiran di kawasan saudara melalui talian 04-5377 241/242. | Lain-lain | 28.10.2011 |
bagaimanakah membezakan penggunaan dan & serta? | Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu. Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. Assalamualaikum | Awalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161. | Tatabahasa | 12.09.2011 |