Soalan: 1. fluctuation: turun naik atau naik turun? 2. perluasan liputan atau peluasan liputan? Sekian terima kasih. | 1. turun naik 2. Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas. | Ejaan | 28.01.2015 |
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio. | Makna | 26.11.2018 |
Perkataan naik dalam ayat di bawah adakah betul penggunaannya... 1. Sally naik bas ke sekolah 2Bekepul-kepul asap naik ke udara dalam kebakaran itu. | Penggunaan perkataan "naik" dalam ayat kedua betul, namun dalam ayat pertama perkataan yang betul ialah "menaiki". | Tatabahasa | 03.03.2014 |
Mana yang lebih tepat jawapan utk soalan berikut Pegawai tinggi itu __________ apabila orang kanannya gagal melaksanakan tugas seperti yang diharapkan. A naik minyak B naik darah | Kedua-dua simpulan bahasa tersebut membawa maksud menjadi marah. Walau bagaimanapun, kami berpandangan "naik darah" lebih sesuai kerana maksudnya hanya menjadi marah. Manakala, "naik minyak" membawa maksud menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang. | Lain-lain | 24.07.2018 |
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih. | Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata. | Tatabahasa | 19.11.2018 |
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH. | 1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja. 2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan. 3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak). | Tatabahasa | 02.12.2014 |
Salina telah naik menara gading. Adakah penggunaan perkataan "naik" betul dalam ayat itu. | Perkataan naik tidak sesuai digunakan dalam ayat. Perkataan yang sesuai ialah "ke". Ayat yang betul ialah "Salina telah ke menara gading." | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Saya ingin mengetahui penggunaan perkataan 'trend': i. Adakah 'trend turun naik' digunakan untuk semua jenis arah aliran? Contohnya; Tahun 2008 50% Tahun 2009 80% Tahun 2010 65% Ayat: Prestasi murid dalam peperiksaan menunjukkan trend turun naik. (Adakah ayat ini betul?) 2. Bolehkah saya menggunakan 'trend naik turun' untuk menggambarkan peratus pencapaian murid yang meningkat pada tahun 2009 jika dibandingkan dengan tahun 2008 dan menurun pada tahun berikutnya? | Perkataan trend bermaksud arah aliran, yang menunjukkan perkembangan atau pergerakan dan tidak semestinya berlaku turun naik. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku turun naik dalam sesuatu trend itu, maka boleh digunakan trend turun naik. | Istilah | 15.06.2012 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan antara "naik turun" dan "berubah-ubah" bagi terjemahan perkataan "fluctuation"? Sila terangkan contoh penggunaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini. Terima kasih. | Frasa "turun naik" dan "berubah-ubah" hanya kelaziman berbahasa sahaja, tiada apa salahnya. Kita boleh menggunakan kedua-dua frasa ini silih berganti mengikut konteks penggunaan dan ayat. Misalnya, 1. "Krisis ekonomi kini menyebabkan harga barang turun naik". Frasa "berubah-ubah" juga boleh digunakan dalam ayat 1. Ayat 2. Abu segan hendak turun naik tangga mahkamah itu. Contoh 2 menunjukkan frasa "berubah-ubah" tidak sesuai digunakan. Ayat 3. Hati Ahmat tidak berubah-ubah mengenai perasaan kepada Aminah. Frasa "naik turun" pula tidak sesuai menggantikan ayat 3 ini. Terima kasih. | Tatabahasa | 09.02.2015 |
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.02.2015 |