Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : naik,naka,nika,nak

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naiki


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Naiki Bukit Atau Naik bukit Ayat yang manakah betul?Frasa 'naiki bukit' dan 'naik bukit' kedua-duanya boleh diguna pakai berdasarkan konteks ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 186-189.Tatabahasa03.02.2024
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Mohon ulasan yang lengkap daripada pihak tuan jika ada. 1) Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat tersebut betul dari segi struktur ayat.Tatabahasa04.07.2013
Ayat pasif yang mana satu bertul? 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 2. Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan. 3. Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Ayat pasif yang betul ialah: 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Tatabahasa19.08.2020
Selamat sejahtera tuan / puan, Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah. 1. Tuliskan saya sepucuk surat. 2. Antara yang berikut, yang manakah benar? 3. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. 4. Kami dilindungi. 5. Anita saya kirimi sepucuk surat. 6. Bas yang mereka naiki itu rosak. Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

1. Tuliskan saya sepucuk surat. - Ayat ini betul
2. Antara yang berikut, yang manakah benar? - Ayat ini betul
3. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. - Ayat ini betul
4. Kami dilindungi. - Ayat ini tergantung.   
5. Anita saya kirimi sepucuk surat - Ayat yang betul ialah Saya mengirim sepucuk surat kepada Anita.
6. Bas yang mereka naiki itu rosak. - Ayat ini betul
Tatabahasa21.09.2015
adakah kita masih boleh menggunakan imbuhan 'i' seperti mengikuti atau mempelajari? Jika tiada imbuhan 'i' lagi, imbuhan apakah yang sesuai sebagai ganti?Penggunaan imbuhan hendaklah disesuaikan dengan maksud yang hendak disampaikan dan konteks penggunaannya dalam ayat. Untuk makluman tuan, imbuhan "i" membentuk kata kerja transitif yang membawa pengertian kausatif (menyebabkan sesuatu terjadi), seperti sudahi; dan membawa pengertian lokatif (menyatakan unsur tempat), seperti naiki. Oleh itu, penggunaan imbuhan "i" atau imbuhan lain hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat.Tatabahasa13.01.2016
Adakah penggunaan perkataan "kencang" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. 1) Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang agar tidak terjatuh ke lantai. 2) Salun kecantikan itu menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memiliki kulit muka yang kencang. Adakah penggunaan perkataan "larut" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. - Gula-gula itu larut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Jika ada mohon pihak tuan perbetulkan dan mengapa ayat tersebut salah(Jika ada). - Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat pertama dan kedua betul dari segi  makna perkataan, tetapi lazimnya masyarakat tidak menggunakan perkataan "kencang" dalam ayat tersebut dan  tidak sesuai digunakan. Dalam ayat pertama perkataan "erat" lebih sesuai digunakan kerana perkataan "erat" digunakan secara lazim dalam kehidupan seharian. Manakala dalam ayat kedua pula, perkataan tegang lebih sesuai digunakan berbanding perkataan kencang.

Penggunaan perkataan larut tidak sesuai dalam ayat tersebut. Perkataan yang lebih tepat ialah cair. Ayat keempat adalah betul.
Tatabahasa02.07.2013
Slm. Garisi/gariskan kata nama khas (yang mana satukah yang betul?? tqPenggunaan yang betul ialah gariskan dan tuliskan. 

Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Perbezaan penggunaan ...i dan ...kan kerana akhiran ...kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran ...i mengandungi unsur lokatif (tempat), contoh belikan - membeli untuk orang lain, naiki - naik ke atas suatu tempat. (Rujuk Tatabahasa Dewan)
Tatabahasa12.06.2015
1. Yang mana satukah ayat pasif yang betul? a. Pertandingan itu disertai oleh kami sekeluarga. b. Pertandingan itu kami sekeluarga sertai. c. Unta tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik. d. Unta tidak pernah saya dan adik tunggang. 2.yang mana satukah rangkai kata yang betul? a. sedikit sebanyak b. sedikit banyak c. kedua-duanya boleh diterima 3."lain-lain negara" salah. Yang betul ialah ... a. negara-negara lain b. negara lain c. kedua-duanya boleh diterima

Jawapan bagi (ID Soalan: 51222) ayat pasif yang betul ialah: c. “Pertandingan itu kami sekeluarga sertai”  dan pembetulan jawapan bagi pertanyaan  (ID Soalan: 51217) ayat pasif yang betul ialah: “Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan” dan “Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki.” Jawapan bagi rangkai  pula  “sedikit sebanyak”, “sedikit banyak”, “negara-negara lain” dan “negara lain” adalah betul.  

 

 

 


Tatabahasa19.08.2020
Apa beza dirujuki dan dirujuk, garisi dan gariskan, tulisi dan tuliskan? Yang mana betul penggunaannya?Penggunaan yang betul ialah dirujuk, gariskan dan tuliskan. 

Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Perbezaan penggunaan ...i dan ...kan kerana akhiran ...kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran ...i mengandungi unsur lokatif (tempat), contoh belikan - membeli untuk orang lain, naiki - naik ke atas suatu tempat. (Rujuk Tatabahasa Dewan)
Tatabahasa17.07.2013
12

Kembali ke atas