Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.jis] | نجيس

Definisi : 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.jis] | نجيس

Definisi : 1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana paling tepat?: a) Air liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut b) Air liur basi itu najis kerana datangnya dari perutAir liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut.Tatabahasa01.07.2012
Beberapa orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar akan ________ di kawasan sungai yang dicemari oleh najis khinzir. "melakukan pemeriksaan" ATAU "melaksanakan pemeriksaan", manakah jawapan yang paling tepat?Jawapan yang paling tepat ialah melakukan pemeriksaan.Tatabahasa04.07.2013
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentunganPembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah.Makna29.10.2009
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"?membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;.
Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut.
sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan.

Contoh:
membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut.


1. Ali membersihkan sampah itu.
2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali.

Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh.
Tatabahasa08.09.2012
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor)”. Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; “… tidak akan menjadi najis”. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih.Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.Tatabahasa19.04.2012
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki men­caci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis.Tatabahasa02.07.2013

Kembali ke atas