Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na/] | نق

Definisi : kep hendak: apa ~ dimakan semua ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na/] | نق

Definisi : kep anak: ambillah duit ini, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nak

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(384)
Peribahasa

Nak ditelan termengkelan,
     nak diludah tak keluar.

Bermaksud :

Dalam keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(15)

389

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Gerundang, tinggallah di kubangan

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Gerundang, tinggallah di kubangan. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nazatul Nazwa Mar 17th, 10:03am saya ada hasilkan banyak puisi..tapi saya x tau nak nak kembangkan bakat saya pada siapa..bagaimana saya nak hantar puisi tu untuk di nilai ya??Tuan boleh menghantar karya untuk disiarkan dalam majalah Dewan Sastera, e-mel kepada editor Encik Fadhli Al-Akiti, fadhli@dbp.gov.my.Lain-lain17.03.2015
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih.Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.  
 
Tatabahasa07.05.2013
Rosminatun Nasa Oct 23rd, 3:09pm Saya nak tanya..saya nak daftar singbord kedai ke majlis perbandaran..tapi majlis perbandaran mahu kan cop dan pengesahan dari dewan bahasa dan pustaka...jadi saya nak tanya macam mana saya nak dapat kan cop daripada dewan bahasa dan pustaka tu?Pengesahan bahasa dalam iklan kini boleh dibuat secara dalam talian. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain23.10.2015
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!!

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan.  Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu.  Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi.  Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama.  Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak.

Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami.

Lain-lain01.08.2009
Salam sejahtera. 1. Mizi nak mengambil peralatan di stor sukan. Adakah penggunaan kata nak di dalam ayat itu salah dan mesti menggunakan perkataan hendak untuk menggantikan nak dalam ayat tersebut.terima kasih

Salam sejahtera,

Jika menggunakan perkataan "nak" yang merupakan kependekan  daripada perkataan "hendak", ayat  tersebut menjadi tidak gramatis kerana tidak berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Selain itu, perkataan nak biasanya hanya digunakan dalam dialog bagi karya kreatif; atau perbualan secara lisan.

Lain-lain30.06.2015
Nak perniagaan anda disebut-disebut?Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.


Lain-lain11.06.2026
Nak tambahkan pendapatan dan kembangkan perniagaan anda?Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Lain-lain11.06.2026
Nak minta DBP keluarkan istilah "Judeo-Christian" dalam bahasa Melayu.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Judeo-Christian ialah Yahudi-Kristian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah30.12.2025
Nak mta tlg tgk ayat2 ni, yg mana betul ... Orang banyak menghulurkan sumbangan. Orang menghulurkan banyak sumbangan. Banyak orang menghulurkan sumbangan.
  • Ayat yang betul adalah “Orang yang menghulurkan banyak sumbangan” dan “Ramai orang menghulurkan sumbangan xxx.”
  • Untuk makluman lanjut, sila rujuk laman web https://prpm.dbp.gov.my/
Tatabahasa31.10.2025
Nak tanya, sepatutnya kita guna "berpuluh kali" ke atau "berpuluh-puluh kali" untuk menggantikan huruf X pada ayat berikut: "Sudah X mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini."Sudah berpuluh-puluh kali mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini."Tatabahasa05.10.2022
12345678910...

Kembali ke atas