Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep hendak: apa ~ dimakan semua ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nak I

Puisi
 

Elok manis padang saujana,
     Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya,
Adakah mahu abang nak mintak?


Lihat selanjutnya...(384)
Peribahasa

Nak kaya berdikit-dikit,
     nak ramai bertabur urai.

Bermaksud :

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih.Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.  
 
Tatabahasa07.05.2013
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!!

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan.  Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu.  Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi.  Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama.  Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak.

Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami.

Lain-lain01.08.2009
saya nak tanya bagaimana nak jadi salah seorang kakaitangan dbp?

Sdr,

Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu.

Untuk menjadi salah seorang daripada warga kerja DBP, sdr disarankan mengemukakan permohonan untuk mengisi mana-mana jawatan yang sesuai dengan kelayakan sdr yang kami iklankan. Iklan jawatan kosong akan disiarkan dari masa ke masa di dalam akhbar utama tempatan atau sdr juga boleh melayari laman web DBP untuk mengikuti perkembangan keperluan untuk mengisi jawatan di DBP.

 

Lain-lain08.05.2010
SALAM SY NAK TANYE CARA NAK MEMOHON JWTN DI DBP???

Sdr,

Semua permohonan jawatan kosong yang diiklankan hendaklah menggunakan Borang Personel 27/99. Borang ini boleh didapati dengan cara mengirimkan kepada Bahagian Pengurusan Personel, DBP ibu pejabat sampul surat beralamat sendiri/bersetem 40 sen, atau datang untuk mengambil sendiri di pejabat kami di alamat seperti yang berikut:

                                  Bahagian Pengurusan Personel, 

                                  Tingkat 17, Menara DBP,

                                  Jalan Dewan Bahasa, 

                                  50460 Kuala Lumpur.       

Sdr juga boleh memuat turun borang tersebut melalui laman web DBP.       

Kami ingin memaklumkan bahawa sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan pada bila-bila masa. Namun sebaik-baiknya permohonan tersebut dikemukakan selepas sesuatu jawatan kosong itu diiklankan.                                                                            

                            

                                 

Lain-lain09.09.2009
saya nak tanya macam mana nak membetulkan ayat -ayat tersebut ? 1) Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil. 2) bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah. terima kasih atas tunjuk ajar

'Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil' dan 'Bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah', kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa12.04.2011
saya nak tanya macam mana saya nak meminjam atau memiliki bahan atau buku di dewan bahasa dan pustaka.

Terima kasih atas soalan anda.

Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika  saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP

Lain-lain20.07.2010
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllahWaalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam.Lain-lain01.08.2010
assalamualaikum,saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan sebuah novel bagi memuaskan hati pembacaKarya yang baik ialah karya yang baik dari segi isi, persembahan, gaya bahasa dan mempunyai potensi pasaran. Karya sastera sewajarnya mengandungi nilai estetik atau keindahan, di samping mengandungi mesej yang boleh membangunkan minda pembaca. Saudara disarankan supaya membaca karya yang telah memenangi pelbagai hadiah, umpamanya Hadiah Sastera Perdana .Lain-lain11.05.2007
Assalmualaikum saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan bentuk karangan yang baikKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Makna11.05.2007
salam,sy nak bertanya di mana sy nak membeli buku bahasa cina dan aktiviti sk tahun 1?ada di jual di pasaran kerana anak sy hilang buku tersebut.tk

Waalaikummussalam,

Buku Bahasa Cina bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sdr dicadangkan menghubungi penerbit yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Lain-lain26.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas