| http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in o’s bed, mati kumlah; ~ in /harness, o’s boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: he’s dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.) | Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. | Lain-lain | 23.04.2020 |
| macam mana nak membesakan penggunaan sebanyak dan seramai. Contoh sebanyak 14 orang telah mati didalam keemalangan semalam. kenapa tidak gunakan seramai. ramai yang heboh kata banyak pada binatang dan ramai pada manusia. harap dapat penjelesan. | Ramai dan banyak boleh digunakan untuk manusia. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
| Nak tanya singkatan yang digunakan dbp dalam kamus. Kalau 'bp' maksudnya bahasa percakapan. Apa maksud singkatan 'bh'? Adakah perkataan dalam kategori 'bh' boleh digunakan untuk urusan rasmi? | Singkatan perkataan bagi bh ialah bahasa halus. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (contoh: meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya). Maka bahasa halus boleh digunakan dalam ayat bagi urusan rasmi.
| Tatabahasa | 02.11.2020 |