Merujuk TD Edisi Ketiga m/s 481 . Contoh ayat 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Contoh ayat (b) yang mendepankan predikat ' kena rotan' hanya sesuai dikatakan pendepanan frasa kerja, bukanlah pendepanan kata kerja dengan objek. Berikan pandangan tuan. | Pihak kami akan membawa cadangan/pandangan ini kepada panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Kenapa ayat di bawah salah: 1-Sejak dari kecil dia sering demam 2-Budak itu bukan nakal sangat 3- Bangunan lama itu masih kukuh hingga ke hari ini | Kedua-dua contoh ayat yang diberi mengandungi unsur lewah. Lewah bermaksud berlebihan atau tidak diperlukan kerana yang ada sudah melengkapkan ayat. Untuk tujuan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan Lembaga Peperiksaan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam... | Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh. b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh. Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Bolehkah tuan tolong terangkan perbezaan penggunaan perkataan"cikgu" dan "guru" dalam ayat. saya agak keliru tentang kedua-dua perkataan tersebut. 1. Cikgu/guru di sekolah saya baik-baik belaka. 2. Ali telah pengsan dan telah dihantar pulang oleh seorang cikgu/guru. 3. Cikgu/ guru memarahi murid -murid yang nakal. Walaupun saya tahu bahawa"ramai " digunakan dalam situasi yang riuh-rendah, meriah, tetapi saya masih keliru dengan penggunaannya dengan "banyak". 1. Banyak orang menghadiri majlis itu. Saya terbaca ayat contoh ini dari sebuah buku rujukan yang menerangkan penggunaan "ramai" dan "banyak". Saya hendak tanya mengapakah ayat tersebut gunakan "Banyak" dan bukan "ramai" bukankah "majlis" merupakan keadaan yang meriah dan riuh-rendah? Bolehkah tuan beri saya beberapa contoh untuk menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih. | Saudara, Perkataan cikgu dan guru membawa maksud yang sama. Yang membezakan kedua-dua perkataan ini adalah dari segi penggunaannya. Perkataan guru lebih umum penggunaannya, contohnya guru bahasa Melayu. Perkataan cikgu biasanya digunakan sebagai gelaran dan diikuti dengan nama, contohnya, Cikgu Aminah. | Tatabahasa | 17.10.2009 |
Bagaimana menggunakan perkataan "menasihati" dan "menasihatkan" dalam binaan ayat? Sila jelaskan perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut. | 1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum. | Tatabahasa | 27.08.2006 |
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasih | Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum. | Tatabahasa | 30.09.2009 |
Apakah jenis kata kerja bagi apitan meN-...-i dan meN-...-kan? sila pasifkan ayat di bawah ini. 1) Ahmad menghadiahi Hanafiah sebuah kereta. 2) Ahmad menghadiahkan sebuah kereta kepada Hanafiah. 3) Pelayan itu menghidangai kami sedulang makanan. 4) Pelayan itu menghidangkan sedulang makanan kepada kami. | 1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum. 1) Hanafiah dihadiahi sebuah kereta oleh Ahmad. 2) Sebuah kereta dihadiahkan oleh Ahmad kepada Hanafiah. 3) Kami dihidangi sedulang makanan oleh pelayan itu. 4) Sedulang makanan dihidangkan oleh pelayan itu kepada kami. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 1. Apakah itu KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF? . Saya harap saudara dapat memberikan penerangan dalam bahasa yag mudah difahami untuk saya terangkan kepada anak saya yang berada didalam darjah dua. 2. Bagaimanakah cara penggunaannya? 3. Contoh - contoh soalan yang membuatkan anak saya menangis kerana disalahkan oleh guru. GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. Terimakasih. | Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Tanpa objek ayat tersebut taklengkap maksudnya (menjadi ayat tergantung). Contoh: Ali menyepak bola. (menyepak merupakan Kata Kerja Transitif, jika ayatnya, Ali menyepak - ayat tak sempurna). Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contoh; Adik saya masih tidur. (tidur merupakan Kata Kerja Tak transitif) GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola. iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. - ayat ini lengkap jika "Mereka berbincang" - tentang pelajaran bukanlah objek tetapi keteerangan tentang cerita, begitulah juga dengan ayat-ayat seterusnya. | Tatabahasa | 23.07.2008 |