Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, 1. "di dalam keluarga" atau "dalam keluarga"? 2. Kata nama "keluarga" ialah objek abstrak atau objek konkrit? Tolong berikan jawapan berserta dengan penjelasan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "dalam keluarga", keluarga bukanlah objek konkrit yang mempunyai ruang fizikal yang jelas seperti rumah atau kotak seperti frasa "di dalam rumah" dan "di dalam kotak".Tatabahasa11.05.2014
nota ringkas kata sapaan kehormat dan ganti nama keluarga rakyat biasaUntuk makluman saudara tidak ada nota ringkas tentang penggunaan kata sapaan sama ada yang bergelar (daripada istana/kerajaan) atau tidak bergelar. Hal ini ditulis dengan jelas dalam buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Lain-lain05.07.2009
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah.Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Cikgu, jika perkataan "keluarga" ialah objek abstrak yang tidak mempunyai bentuk fizikal yang jelas, mengapakah kita menggunakan frasa "kasih sayang terhadap keluarga" dan bukan "kasih sayang tentang keluarga"?Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan sama ada manusia, haiwan atau benda, dan keluarga ialah manusia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 281.Tatabahasa13.05.2014
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya dan jika salah sila nyatakan alasannya. 1. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 2. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain...Ayat 1 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Ayat 2 agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain".Tatabahasa24.02.2009
Ayat manakah yang betul? A) Ali berasal dari keluarga yang kaya. B) Ali berasal daripada keluarga yang kaya.Ayat yang betul ialah Ali berasal daripada keluarga yang kaya. Daripada ialah kata sendi nama yang menerangkan asal atau sumber sesuatu.Tatabahasa23.05.2011
Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)!

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Lain-lain29.09.2010
salam sejahtera Saya hendak bertanya, kami sekuarga dan keluarga saya tergolong sebagai kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Bagaimana menjawab soalan penukaran ayat aktif kepada ayat pasif bagi soalan berikut: a. Kami sekeluarga memberikan sedekah kepada pengemis di kawasan itu. b. Keluarga saya telah memperoleh topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Kami sekeluarga dan keluarga saya ialah kata ganti diri pertama jamak.

Ayat pasif:

1. Pengemis di kawasan itu diberikan sedekah oleh kami sekeluarga. 

2. Topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan telah diperoleh keluarga saya.

Tatabahasa12.06.2020
A)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima. A)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. B)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima.Semua ayat yang berikut A) Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak.  C)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. D)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel  betul  kerana kedua-dua kata sendi nama "di" dan "ke" dalam ayat ini di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat.Tatabahasa29.09.2018
1234567

Kembali ke atas