Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Soalan saya :Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih.
Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. Contoh ejaan yang betul ialah   Dr. Tengku Ali.
Lain-lain07.04.2017
Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih.Jika individu tersebut berkelulusan PhD, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum namanya.
Jika nama ditulis sepenuhnya menggunakan huruf besar, ejaan DR. juga perlu ditulis menggunakan huruf besar.
Ejaan24.03.2017
sumbangan Za'aba atau nama penuh beliau Zainal Abidin Ahmad dalam ilmu linguistik Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Lain-lain15.12.2009
Tuan Adakah betul sekiranya ditulis nama penuh seperti berikut? YBhg. Prof. Adjung Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Bin Kamsah Terima kasih.Ejaan yang betul ialah YBhg. Prof. Adjung Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah.Tatabahasa04.08.2014
Saya mohon kepastian bagi gelaran doktor falsafah. Adakah ditulis sebagai "DR." atau "Dr."? Hal ini kerana terdapat di bahagian saya penulisan tersebut ditulis sebagai "Dr." walaupun nama penuh ditulis dengan huruf besar. Contoh: Dr. SULAIMAN ARIS. Adakah betul penulisan sedemikian?Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik). Sekiranya nama penuh ditulis dalam huruf besar, singkatan untuk "DOKTOR" juga ditulis dalam huruf besar (DR. ).Ejaan20.01.2014
Minta maaf tuan, jawapan yang tuan berikan tidak menjawab kemusykilan yang saya kemukakan keran soalan saya bertanyakan penggunaan huruf besar atau huruf kecil dalam pengggunaan "Dr." dalam surat rasmi. Harap tuan dapat meneliti soalan saya, iaitu "Adakah perlu gelaran 'Dr.' ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD?" Soalan 2: "Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya?". Terima kasih.
1.    Ya, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum nama penuh individu yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD) ataupun doktor perubatan. 2.    Jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya, bermakna kesemuanya huruf besar - DR. AZMI dan jika ditulis dengan huruf kecil ejaan yang betul ialah Dr. Azmi.
Ejaan08.04.2017
Saya Nur Haslinda Binti Che Ahmad, saya pernah memohon jawatan di sini sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Boleh saya tahu, apakah status permohonan saya. Nama Penuh : Nur Haslinda Binti Che Ahmad Kad Pengenalan : 800208-07-5788 Sekian Terima Kasih.

Sdr,

Dengan hormatnya saya merujuk permohonan puan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu.

Dimaklumkan bahawa sebuah panel telah dibentuk untuk membuat penilaian dan pemilihan calon untuk ditemu duga dan puan tidak terpilih bagi temu duga jawatan tersebut. Pihak kami berharap semoga puan akan dapat menerima keputusan ini dengan reda dan mencuba lagi pada masa yang akan datang.

Selamat maju jaya dan terima kasih.

Maaf kerana terlewat menjawab kemusykilan puan.

Lain-lain01.11.2010
Sekiranya penandatangan Surat Rasmi mempunyai Gelaran Haji. Perlukah diletakkan salutation 'TUAN HAJI' atau HAJI sahaja? Yang Benar, (TUAN HAJI.....) atau (HAJI...)?????Sapaan yang betul ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja.Tatabahasa11.07.2014
Khairiah Razali Dec 16th, 3:07pm Salam Sejahtera.... saya dan rakan saya berminat untuk menyertai Bengkel Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP-PSM 2014/2015 pd 20 Disember 2014 di Zon Tengah DBP Kuala Lumpur. Berikut nama penuh kami: 1) Khairiah binti Razali no hp 0197552125 .... 2) Aini bt Mohd Zainol Azlin no hp 0189585472.... mohon maklumbalas dari pihak tuan sbb email yg dihntar ke sayembaranovel@dbp.gov.my didapati failure setelah mncuba berkali2... terima kasih...Pertanyaan tuan telah kami salurkan ke pihak urus setia di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Azihani Mad Mizan di talian 03-21479293/azihani@dbp.gov.my.Lain-lain16.12.2014
Saya ingin menyertai peraduan menulis surat 1 malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia. apakah kata panggilan yang tepat dan betul semasa menulis pada pemulaan ayat iaitu pada bahagian pendahuluan. seterusnya apakah kata panggilan yang sesuai untuk perenggan seterusnya. Adakah yang amat berhormat dato seri atau yang amat berhormat dato atau perlu lengkap juga dengan nama penuh. Terima kasihSapaan yang betul ialah Sapaan dan nama penuh beliau lazimnya disebut buat kali pertama dan seterusnya diulangi sapaan atau gelaran, iaitu YAB Dato' Sri atau YAB Perdana Menteri.Tatabahasa12.07.2014
12345678910

Kembali ke atas