Namanya sudah ( padam ) daripada ingatan saya. Bolehkah saya menggunakan perkataan padam ? atau "hilang" lebih sesuai dan betul ? Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan kerana dalam konteks ayat ini padam dan hilang merupakan sinonim. | Istilah | 13.05.2010 |
Seseorang yang namanya bermula dengan gelaran warisan seperti Raja, Tengku, Tunku, dan sebagainya biasanya kita memanggil mereka dengan panggilan hormat sebagai 'Yang Mulia' (YM) dan bukannya encik. Tetapi dalam bahasa Inggeris, apakah gelaran yang perlu kita gunakan dalam konteks Malaysia? Adakah "Mr. Tengku Nazri" atau masih "YM Tengku Nazri"? | Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menangani permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun sedikit maklumat yang dapat kami berikan, jika budaya berbahasa Melayu ingin dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris, maka penggunaan YM Tengku Nazir boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Antara dua ayat yang berikut yang manakah betul. 1. Hanya nama mereka yang tertulis namanya layak mendapat bantuan kewangan. 2. Hanya nama mereka yang tersenarai namanya layak mendapat bantuan kewangan | Kedua-duanya kurang tepat, ayat yang betul ialah; "Hanya mereka yang tersenarai namanya layak mendapat bantuan kewangan". | Tatabahasa | 10.08.2009 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya pandangan DBP berkaitan dengan akronim dan singkatan dalam bahasa Melayu. Dalam sesebuah pertubuhan, lazimnya pertubuhan tidak mendaftar namanya dengan akronim tetapi dengan nama penuh atau nama yang disyorkan oleh pertubuhan tersebut. Contoh, ada parti politik yang mendaftarkan namanya sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH). Soalannya, dari segi bahasa adakah salah pengguna bahasa mewujudkan akronim bagi parti berkenaan dengan nama PAN walaupun akronim tersebut tidak didaftarkan secara rasmi? | Salam sejahtera, Tuan, Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.11.2017 |
Pengawas itu mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah. a) Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. b) Nama murid yang datang lewat ke sekolah dicatat oleh pengawas. Ayat aktif tukar ke ayat pasif, jawapan a atau b adalah betul ? | Bentuk ayat pasif - a. Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. | Tatabahasa | 19.06.2010 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya ayat ini betul atau tidak,Memberi sinar kegemilangan Di pentas bahasa dan juga Namanya kekal dipersada jiwa kita semua. terima kasih. Jika ayat ini tidak tepat, boleh tak dicadangkan ayat yang lebih bagus dari yang ini. Terima kasih. | Tidak ada konteks yang jelas tentang ayat tersebut, mungkin ayat tersebut dapat diperbetulkan menjadi (jika tidak lari maksud sebenarnya) Memberi sinar kegemilangan dalam memartabatkan bahasa dan namanya kekal dalam jiwa kita semua. | Tatabahasa | 14.09.2014 |
Kenalan dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei. memberitahu bahawa terdapat kesilapan kita dalam menterjemah jawi-rumi. sepatutnya peribahasa yang betul adalah: harapkan pegar (burung pegar), pegar makan padi & bagai melepaskan batok (tempurung) di tangga bukan harapkan pagar, pagar makan padi & bagai melepaskan batuk di tangga. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Wallahua’lam. | Tatabahasa | 06.01.2012 |
Asnor tersenyum bangga apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas bagi kategori murid terbaik di sekolahnya. Adakah penggunaan perkataan "dinobatkan" sesuai digunakan dalam ayat di atas?terima kasih. | Sdr. Ming, Perkataan nobat tidak sesuai digunakan sebaliknya yang lebih tepat ialah diistiharkan atau diumumkan. | Tatabahasa | 28.09.2010 |
Bagaimana caranya seseorang memanggil seseorang yang namanya bermula dengan Pengiran? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Mulia? | Yang Mulia. | Istilah | 23.11.2010 |
Bagaimanakah cara penulisan pingat kebesaran seseorang selepas namanya. Contohnya Ahmad bin Yusuf mendapat 3 pingat (BKM, AMK, PJK) Cara tulisnya Ahmad bin Yusuf, BKM., AMK., PJK. atau Ahmad bin Yusuf., B.K.M., A.M.K., P.J.K. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah tanpa tanda noktah, Ahmad bin Yusuf, BKM, AMK,dan PJK. | Tatabahasa | 02.10.2013 |