Salam hormat, tuan. Saya ada sedikit kemusykilan tentang penggunaan kata "nan" yang membawa maksud 'yang'. Adakah boleh kata "nan" digunakan pada sebarang keadaan? Sebelum ini saya ada terdengar tentang kata "nan" hanya digunakan sekiranya kata sebelumnya berakhir dengan huruf 'n'. Misalnya; frasa "lautan nan luas". Jadi, frasa "karya nan indah" dianggap tidak gramatis kerana kata 'karya' tidak diakhiri dengan huruf 'n'. Saya musykil tentang ini. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. | Tidak ada dapatan sedemikian dalam rujukan kami. Kata "nan" boleh digunakan bagi membawa maksud "yang" , contohnya rumah nan jauh. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
istilah pesona nan grata | Pesona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut. | Makna | 03.11.2008 |
Bagaimanakah cara untuk batangkan suku kata bagi perkataan "makanan" dan ? Adakah "ma + kan + an" atau " ma + ka + nan" ? | Membatangkan suku kata makanan ialah ma.kan.an. manakala membatangkan mengikut sebutan ialah ma.ka.nan. | Ejaan | 24.10.2013 |
Bagaimana mencerakinkan suku kata untuk perkataan berimbuhan berikut: makanan (ma+ka+nan atau ma+kan+an), mengatasi (me+nga+ta+si), mengekori (me+nge+ko+ri atau me+nge+kor+i) | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, perkataan makanan disebut, [ma.kan.an], mengatasi [me.nga.ta.si], mengekori [me.nge.ko.ri].
| Tatabahasa | 04.05.2013 |
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kata | ba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-an | Tatabahasa | 07.08.2007 |
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI. | Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan: PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan | Saudara Tracy, Yang betul adalah seperti yang berikut: i. air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Mengikut saranan Buku Tatabahasa Dewan, perkataan terbitan dipenggalkan mengikut kata dasar dan imbuhannya. Kalau begitu, adakah pemenggalan ma-kan-an betul? | Yang betulnya ialah ma-ka-nan. Sila rujuk buku Daftar Kata Ejaan Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 06.08.2010 |
Saya guru Tahun Satu. Bermasalah dalam membaca suku kata, harap ditolong. Contoh: rambutan dan makanan, kata dasar dieja bersama atau ikut bunyi baca? | Bagi contoh rambutan dan makanan, kedua-duanya dieja bersama iaitu ram.bu.tan dan ma.ka.nan | Lain-lain | 25.03.2007 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |