soalan: kami diberikan penerangan tentang (cara-cara nanas diproses/pemprosesan nanas)? | Saudara Asmazaira, Ayat yang betul ialah ' Kami diberi penerangan tentang cara-cara nanas diproses atau tentang pemprosesan nanas'. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Apakah beza nanas dan nenas? Ejaan yang sebetulnya adakah nanas atau nenas. Jika kedua-duanya betul, apakah situasi yang sesuai untuk pengunaannya? | Istilah yang betul ialah nanas. | Istilah | 10.04.2010 |
Saya Wilada Yalaphanee Belajar Bahasa Melayu Dasar Inging bertanya tengtang Bahasa Melayu Nanas Apakah Maknanya | Nanas bermaksud sejenis tumbuhan (buahnya boleh dimakan). | Makna | 28.10.2015 |
pineapple dalam bahasa malaysia adakah nanas atau nenas? | Yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 01.06.2009 |
Request correct spelling - is it "nenas" or "nanas"? | Ejaan yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 19.02.2014 |
Adakah hutan simpan di sesuatu lokasi perlu dieja dengan huruf besar seperti Hutan Simpan Bukit Nanas atau Hutan Simpan Pasoh? Atau memadai dengan hutan simpan Pasoh. | Frasa yang merujuk nama khas perlu ditulis dengan huruf besar. Hutan Simpan Bukit Nanas dan Hutan Simpan Pasoh merujuk kepada nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
lidas... Apakah maksud perkataan di atas dan bilakah perkataan ini sesuai digunakan?Sila sertakan contoh ayat.... | Maknanya ialah rasa pedih atau gatal pd lidah (ketika makan buah yg masam spt nanas dsb). | Tatabahasa | 17.07.2010 |
hari sukan ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil. | Frasa nama seperti hari sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas. Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru, ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 29.06.2013 |
Salam sejahtera. Hari sukan dan hari guru perlu ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih. | Frasa nama seperti hari sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas. Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru, ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Perlukah "hari sukan" dan "hari sukan tahunan" dikehendaki tulis dalam huruf besar dalam setiap perkataan yang pertama? | Frasa nama seperti hari sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas. Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru, ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 05.11.2013 |