teresak-esak, tersedu-sedu, tersedan-sedan. saya menghadapi masalah untuk memilih jawapan yang betul dalam soalan objektif yang memiliki pilihan tersebut. bagaimanakah penggunaan istilah tersebut? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, tersedan-sedan bermaksud menangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, teresak-esak. Oleh itu, teresak-esak, tersedu-sedu dan tersedan-sedan adalah sama maksudnya dan boleh digunakan bertukar ganti. | Makna | 19.09.2012 |