Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesu­sahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka I

Puisi
 

Dari cempedak baiklah nangka,
     Nangka juga panjang tangkainya;
Dari budak baiklah janda,
     Janda juga banyak akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seorang makan cempedak (= nangka),
     semua kena getahnya.

Bermaksud :

Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.) adakah ayat di atas betul?

Saudara,

Ayat ini betul.

Tatabahasa12.10.2010
Salam, bolehkah tuan/puan beri contoh benda yang menggunakan penjodoh bilangan 'pangsa' selain durian? Adakah nangka menerima penjodoh bilangan pangsa? Apakah contoh lain? Terima kasih.Pangsa bukan penjodoh bilangan. Pangsa merujuk kepada ruang atau petak dalam buah-buahan seperti dalam buah durian. Jika pangsa yang disebut itu bersesuaian dengan bentuk ruang dalam durian ia boleh digunakan dengan buah-buahan yang lain.Lain-lain25.08.2015
Selamat pagi dan salam sejahtera. Dalam bahasa malaysia, tempat isi buah terap melekat dipanggil sebagai apa? Kalau dalam bahasa Kadazandusun dipanggil sebagai BADUL. Begitu juga dengan buah seperti nangka dan cempedak. terima kasih.Tidak ada maklumat yang diperlukan termasuk Badul dalam pangkalan data kami. Penggunaan yang umum ialah bekas. Kami mencadangkan tuan memasukkan perkataan baharu termasuk Badul dalam perbandaharaan kata bahasa kita melalui "Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka" di laman http://ekamus.dbp.gov.my/.Istilah04.08.2014
Apakah peribahasa yang menepati maksud di bawah? orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Terima kasih.Terdapat beberapa peribahasa yang menepati maksud "Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya". Antaranya:

1) Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah
2) Lain yang bengkak, lain yang bernanah
3) Lain yang untut, lain yang mengisut.
Lain-lain27.06.2015
Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng.Assalamualaikum, 

Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan:

1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus)
Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih
Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan.

2. rebus (makna ke-2 lihat merebus)
Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya

Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya.

3. bakar (makna ke-2 lihat membakar)
Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar
Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya.

4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng)
Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak
Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka.

Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih.
Makna02.11.2024

Kembali ke atas