nanti bila dapat pekerjaan adakah tmpat tngaal saya kena cari sendiri atau anda bagi?saya berharap sangat dapat pekerjaan ini kerana saya memerlikannya | Sdr, DBP ada menyediakan rumah institusi bagi pegawai yang berkhidmat di DBP Cawangan dan DBP Wilayah. Namun jumlah rumah institusi yang disediakan amat terhad dan akan ditawarkan kepada pegawai yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja. Tiada rumah insitutsi disediakan di DBP ibu pejabat. | Lain-lain | 08.11.2009 |
"Ibu risau nanti," Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. / "Ibu risau nanti." Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Penggunaan tanda baca yang betul adalah pada ayat yang pertama, iaitu "Ibu risau nanti,"Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Ejaan | 19.10.2011 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur (d) Bandar Raya Kuala Lumpur Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur Terima kasih. (d) Bandar Raya Kuala Lumpur | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
Ayat manakah yang betul? 1. Suatu hari nanti, saya kembali semula ke sini. 2. Satu hari nanti, saya kembali semula ke sini. Apakah perbezaan penggunaan "suatu" dan "satu"? Terima kasih. | Ayat 1 betul. Perbezaannya ialah Suatu hari merujuk kepada hari yang belum pasti atau abstrak. Contohnya, Encik Ali tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti, manakala Satu hari pula merujuk bilangan hari, seperti hari Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya. | Tatabahasa | 11.08.2020 |
SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjamkan itu akan saya kembalikan nanti”. atau SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjam itu akan saya kembalikan nanti”. munsyi, yang manakah satu ayat sesuai digunakan? TK | SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku yang dipinjamkan kepada saya itu akan saya kembalikan nanti”. | Tatabahasa | 09.03.2013 |
Kamu tidak risau mendapat nombor tercorot pada/dalam peperiksaan nanti? | Kamu tidak risau mendapat nombor tercorot dalam peperiksaan nanti? | Tatabahasa | 13.12.2011 |
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. | Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Kalau tidak, apa yang perlu abang jawab pada/kepada ibu nanti? | Kalau tidak, apa yang perlu abang jawab kepada ibu nanti? | Tatabahasa | 13.12.2011 |
Gempa bumi yang kuat pada pagi nanti telah menyebabkan bangunan-bangunan tinggi di kawasan itu bergegar. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TK | Ayat tersebut tidak gramatis, perkataan nanti menyatakan bahawa peristiwa tersebut belum berlaku. | Tatabahasa | 05.04.2012 |