Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanti I

Puisi
 

Rumah buruk pintu sembilan,
     Nanti roboh tidakkan roboh;
Laksana pungguk rindukan bulan,
     Nanti jatuh tidakkan jatuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Kubur kata mari,
     rumah kata nanti.

Bermaksud :

Orang yang sudah lanjut usianya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

369

Penny and penny laid up will be many

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Penny and penny laid up will be many, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Ibu risau nanti," Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. / "Ibu risau nanti." Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut.

Penggunaan tanda baca yang betul adalah pada ayat yang pertama, iaitu "Ibu risau nanti,"Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut.

Ejaan19.10.2011
Ayat manakah yang betul? 1. Suatu hari nanti, saya kembali semula ke sini. 2. Satu hari nanti, saya kembali semula ke sini. Apakah perbezaan penggunaan "suatu" dan "satu"? Terima kasih.Ayat 1 betul. Perbezaannya ialah Suatu hari merujuk kepada hari yang belum pasti atau abstrak. Contohnya, Encik Ali  tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti, manakala Satu hari pula merujuk bilangan hari, seperti hari  Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya. Tatabahasa11.08.2020
SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjamkan itu akan saya kembalikan nanti”. atau SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjam itu akan saya kembalikan nanti”. munsyi, yang manakah satu ayat sesuai digunakan? TKSongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku yang dipinjamkan kepada saya itu akan saya kembalikan nanti”.Tatabahasa09.03.2013
Kamu tidak risau mendapat nombor tercorot pada/dalam peperiksaan nanti?Kamu tidak risau mendapat nombor tercorot dalam peperiksaan nanti?Tatabahasa13.12.2011
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan.

Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. 

Tatabahasa19.09.2011
Kalau tidak, apa yang perlu abang jawab pada/kepada ibu nanti?Kalau tidak, apa yang perlu abang jawab kepada ibu nanti?Tatabahasa13.12.2011
Gempa bumi yang kuat pada pagi nanti telah menyebabkan bangunan-bangunan tinggi di kawasan itu bergegar. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TKAyat tersebut tidak gramatis, perkataan nanti menyatakan bahawa peristiwa tersebut belum berlaku.Tatabahasa05.04.2012
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Tuan, Adakah betul penggunaan ayat seperti ini "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Penggunaan perkataan jam untuk menunjukkan waktu. Sebagai makluman waktu bertugas bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi (jam yang ketiga ialah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi) Terima kasih.Waalaikumsalam,

Penggunaan perkataan jam dalam ayat, iaitu "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." adalah tidak tepat jika digunakan dalam konteks rasmi. Penggunaan ayat yang betul ialah "Pada pukul  8.00 pagi nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." atau "Pada waktu bekerja/bertugas peringkat ketiga nanti, ketiga kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Walaupun begitu, jika penggunaan secara tidak rasmi boleh digunakan "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..."
Tatabahasa15.01.2019
Adakah penggunaan kata bagi "menjumpai" di bawah betul? 1. Saya akan menjumpai Ahmad pada petang nanti. (to meet someone)Penggunaan kata yang betul ialah Saya akan berjumpa dengan Ahmad pada petang nantiTatabahasa10.07.2025
Sila nyatakan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam "Baju yang emak jahit itu saya akan pakai pada pagi raya nanti."Ayat yang betul ialah "Baju yang emak jahit itu akan saya pakai pada pagi hari raya nanti."Tatabahasa06.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas