Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tunggu; ~ sebentar tunggu sebentar; menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai be­berapa lamanya hingga beralih mata­hari, tiadalah juga Pak Lebai datang; menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; menanti-nantikan menunggu-nunggu keti­baan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg ber­hajat kpd seseorang yg tidak sangat berke­hendak kepadanya; b) menantikan perto­longan orang yg banyak pekerjaannya; penantian 1. perihal menanti: ~ itu mem­bingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu); penanti (orang) yg menanti, penunggu, pe­nyam­but tetamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menanti duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan ~ di sana. menanti-nanti lama menunggu; menunggu-nunggu. menantikan menunggu ketibaan sesuatu; menunggu akan: Dia ~ ibunya di stesen kereta api. menanti-nantikan menunggu-nunggu ketibaan sesuatu. ternanti-nanti dlm keadaan menanti-nanti (menunggu-nunggu dgn penuh harapan): Ibunya ~ akan kepulangan anaknya. penantian 1 perbuatan atau hal menanti: ~ gadis itu berakhir dgn kematian tunangnya yg ditunggu-tunggu. 2 tempat menanti. penanti orang yg menanti; penunggu. pokok ~ pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses percantuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanti II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kita memulakan ayat dengan kata untuk atau yang? Contohnya; (i)Yang berikut merupakan faedah melakukan senaman. (ii) Untuk pengetahuan awak, hanya saya dan Mira sahaja yang akan ke sana nanti.

Saudara Zahra,

Kedua-dua ayat boleh diterima. Untuk keterangan lanjut tentang penggunaan kata 'yang' dan 'untu' sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa27.09.2010
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih.“_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah.

A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). 

oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II.

cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.


Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'.
Tatabahasa13.10.2012

Kembali ke atas