Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ra.tif] | ناراتيف

Definisi : 1. cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan (mengisah­kan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi (sajak) yg mengisahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naratif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Soalan saya ialah mana yang lebih sesuai antara “penulisan tidak naratif” dengan “penulisan bukan naratif”?Penggunaan yang betul ialah penulisan bukan naratif.Tatabahasa25.03.2021
Assalamualaikum, Apakah maksud bahan sastera? Bahan bukan sastera? Karya naratif? Karya bukan naratif? Berikan penjelasan yang lengkap. Terima kasih.Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. Naratif ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa.Lain-lain26.08.2013
Saya tertarik apabila melihat penggunaan frasa 'bicara naratif' digunakan. Malah RTM juga ada menamakan rancangan mereka sebagai 'Bicara Naratif'. Adakah situasi ini membawa kepada mengguna perkataan yang memberi pengertian secara berulang. Oleh itu, saya berpendapat penggunaan perkataan secara ini seolah-olah hebat tetapi secara bahasanya cacat. Iaitu 'bicara' adalah perkataan kata kerja & seterusnya 'naratif' juga merupakan kata kerja! Mohon penjelasan pihak tuan.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman, DBP sememangnya memantau penggunaan bahasa dalam media elektronik. Walau bagaimanapun, judul rancangan televisyen "Bicara Naratif" merupakan kata nama khas yang menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang baik dan betul dan tidak menggunakan bahasa rojak. Pemilihan nama rancangan televisyen atau yang berkaitan bergantung kepada pihak tersebut dan diluar bidang kuasa DBP. Namun, sekiranya pihak tersebut merujuk dan mendapatkan nasihat penggunaan bahasa, pihak DBP akan memberikan cadangan penggunaan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. Makna29.08.2023
Apakah yang dimaksudkan dengan elemen naratif dan penceritaan dalam sesebuah karya cerpen ataupun novel?Naratif dan penceritaan dalam sesebuah karya cerpen dan novel bermaksud cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dan lain-lain lagi.Makna27.11.2015
Salam apakah yang dimaksudkan dengan teknik naratif? Adakah ianyan sama dengan teknik penceritaan?Betul, teknik naratif aialah teknik penceritaan.Sastera10.05.2014
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera

Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya.

Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan.  

Lain-lain23.04.2010
Salam. Mohon bantuan. Dalam sebuah novel yang telah saya baca, ada penggunaan perkataan 'Kebawah Duli' dan 'ke bawah duli'. ia digunakan dalam dialog dan naratif. mana yang tepat, Kebawah Duli atau ke bawah duli? sekian, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah ke bawah duliLain-lain17.01.2011
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011
Apakah ciri-ciri teks ucapan?Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain02.07.2008
saya perlu bantuan untuk menyediakan teks uacapan bagi pegawai daerah dan Ketua Cawangan. Contoh teks ucapan pengerusi majlis

Teks ucapan mengandungi: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan dan provokasi; dan iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).

Lain-lain12.07.2011
12

Kembali ke atas