An Nas Nazir As Salam admin. sy An Nas dari UNIMAS. baru sahaja menamatkan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada bulan September yang lepas. saya ingin bertanya bagaimana jika saya ingin membuat permohonan sebagai pereka grafik luar di DBP? kerana saya berminat untuk berkhidmat di DBP sebagai pereka grafik dalam masa sama sy juga masih membantu staf yang memerlukan khidmat sy walaupun sy telah tamat latihan bagaimana cara untuk memohon jawatan tersebut? maklum balas admin sangat saya harapkan terima kasih | Wa alaikumussalam. Tuan/Puan boleh menghantar surat permohonan bersama-sama maklumat diri kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 13.10.2016 |
MAKSUD MATAN | Matan: 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. | Makna | 08.09.2009 |
apakah maksud fatwa? | Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa. | Makna | 18.01.2013 |
adakah perkataan " sangat" merupakan digraf? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. "Sangat" bukan diagraf.
| Lain-lain | 24.08.2014 |
saya keliru tentang konsonan bergabung ? kastam, sedap , lazat ,enak dan harum ? konsonan bergabung atau tidak ? konkrit ialah konsonan bergabung , adakah sebab n,k dipisahkan 2 suku kata kon krit ? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 13.05.2014 |
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih. | Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); | Tatabahasa | 28.08.2013 |
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima. | Makna | 13.11.2015 |
jawapan bagi perbezaan digraf dengan konsonan bergabung yang diberikan oleh http://prpm.dbp.gov.my/ amat mengelirukan kerana dinyatakan kedua-duanya adalah hampir sama. Adakah digraf hanya melibatkan ng, ny, kh dan sy manakala konsonan bergabung melibatkan gabungan dua konsonan selain daripada digraf (seperti dr, pr, kr, tr, sk, kl, .....) Senarai perkataan / contoh-contoh perkataan bagi kedua-dua komponen ? Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 06.05.2014 |