Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasal;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
The human body consists of a variety of tissues and cavities with different physical and radiological properties. Most important among these, from a radi- ation dosimetry perspective, are tissues and cavities that are radiologically dif- ferent from water, including lungs, oral cavities, teeth, nasal passages, sinuses, and bones. The dose distribution is affected by these ''tissue inhomogeneities.'' Saya sedang menjalankan projek penyelidikan, apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa untuk 'TISSUE INHOMOGENEITIES'? Saya berpendapat perkataan yang sesuai adalah tisu inhomogenus? Adakah betul penggunaaannya? T.kasih.

Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk Tissue Inhomogeneities. Walau bagaimanapun, istilah homogeneous mempunyai padanan bahasa Melayu seperti homogen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Tissue Inhomogeneities ialah tisu tak homogen paling sesuai digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan18.12.2015
Mana yang betul? Merujuk kepada perkara... atau merujuk perkara... Contoh ayat dalam Kamus Dewan ...merujuk kepada... sedangkan penggunaan bahasa dalam buku Tatabahasa Dewan "...merujuk manusia...". Menurut Prof. Nik Safiah Kamus Dewan tidak boleh dijadikan sebagai sumber rujukan tatabahasa. Saya terkeliru kerana ada Munsyi Dewan mengatakan bahawa "...merujuk kepada..." betul. Secara peribadi, saya berpendapat penggunaan yang betul ialah "...merujuk perkara.." kerana Kamus Dewan mendefinisikan merujuk sebagai meneliti (kata kerja transitif). Satu lagi persoalan ialah - memperkasakan atau memerkasakan? Ejaan dalam Kamus Dewan ialah memperkasakan. Bagi saya ejaan ini menyalahi rumus asimilasi nasal - p,t,k,s yang menerima imbuhan meN-. Ejaan yang betul sepatutnya ialah memerkasakan kerana kata dasar bagi perkataan ini ialah perkasa.

Frasa yang betul ialah merujuk perkara dan pandangan saudara selaku seorang Munsyi Dewan dalam hal ini adalah betul. Bagi perkataan memperkasakan, perkasa apabila menerima apitan meN-kan tidak mengalami pengguguran huruf kerana termasuk dalam kekecualian dan kekal sebagai memperkasakan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 153

Tatabahasa19.08.2009

Kembali ke atas