| Assalamualaikum. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 'Saya makan nasi', 'Nasi saya makan', 'Makan nasi saya' dan 'Makan saya nasi'. Adakah semua ayat ini gramatis dan betul? Mengapa? | Menurut data kami, ayat tersebut betul. i. Saya makan nasi (ayat biasa) ii. Nasi saya makan (ayat pasif) iii. Makan nasi saya (ayat songsang) | Tatabahasa | 16.11.2018 |
| Adakah nasi goreng kampung, nasi goreng tomyam, nasi goreng USA adalah kata nama khas? Bagaimanakah cara ejaan yang betul? | "Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng USA" ialah kata nama khas. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 14.06.2022 |
| Ejaan yang betul - NASI KHAUMOK/NASI KHOMOK/NASI KAUMOK, iaitu makanan popular di selatan Thailand. | Nama makanan yang berasal dari Thailand, iaitu nasi kaomok belum terakam dalam kamus. Walau bagaimanapun, dicadangkan ejaan nasi kaomok berdasarkan kaedah pengejaan kata asing yang terserap dalam bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, silalah merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 324 hingga 336 di bawah tajuk Sistem Ejaan Perkataan Baharu. | Ejaan | 18.11.2025 |
| yang manakah betul, nasi pilau atau nasi pilaf | Nasi pilau atau nasi pilaf merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan Pakistan. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai nama masakan kerana ia berbeza dari segi variasi ejaan sahaja. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menggunakan istilah 'nasi pilau' untuk masakan jenis ini. Terima kasih. | Makna | 04.10.2017 |
| Saya mahukan nasi kurang. kurang nasi atau nasi kurang? | Ayat yang betul ialah "Saya mahu kurangkan nasi" | Tatabahasa | 07.11.2022 |
| Ejaan nama makanan NASI KHOMOK atau NASI KHAUMOK atau NASI KAUMOK dari negara Thailand, yang manakah yang betul dan tepat? | Nama makanan yang berasal dari Thailand, iaitu nasi kaomok belum terakam dalam kamus. Walau bagaimanapun, dicadangkan ejaan nasi kaomok berdasarkan kaedah pengejaan kata asing yang terserap dalam bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, silalah merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 324 hingga 336 di bawah tajuk Sistem Ejaan Perkataan Baharu. | Ejaan | 09.11.2025 |
| Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas? | Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas. | Tatabahasa | 31.10.2019 |
| Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah ini mengikut tatabahasa terkini? 1. Laksa Penang atau laksa penang atau laksa Penang? 2. Nasi Goreng Kampung atau nasi goreng kampung atau nasi goreng Kampung? 3. Teh Ais atau teh ais? 4. Mi Hailam atau mi hailam? 5. Nasi Arab atau nasi arab atau nasi Arab? Bolehkah tuan jelaskan garis panduan terkini untuk menulis nama makanan yang melibatkan nama tempat atau kaum? Terima kasih. | Untuk nama menu yang melibatkan nama tempat atau kaum, penggunaan huruf besar tidak diperlukan kecuali dijadikan tajuk buku atau artikel. Oleh itu, nama makanan atau menu hendaklah ditulis dengan huruf kecil: 1. laksa penang 2. nasi goreng kampung 3. teh ais 4. mi hailam 5. nasi arab | Lain-lain | 17.09.2025 |
| assalamualaikum tuan. saya ingin bertanya mengenai ejaan NASI KEBULI. saya dapati, ejaan NASI KEBULI dalam kamus dewan edisi keempat adalah NASI KABULI. tapi bila saya google NASI KABULI, yang saya temui adalah NASI KEBULI. beberapa orang lama yang saya tanya, mereka juga menjawab NASI KEBULI. Bagaimana ya tuan. apakah ejaan yang tepat, NASI KABULI atau NASI KEBULI? sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah nasi kabuli. | Ejaan | 19.08.2013 |
| Assalam, Saya ingin pencerahan kepada perkataan berikut. Adakah betul pandangan saya atau tidak. Contohnya nasi goreng. Nasi goreng ialah kata nama am. Jadi ia ditulis dengan pangkal huruf kecil. Sekiranya ada nama khusus diberikan, ia akan jadi kata nama khas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. betul ke pandangan say ini? | Pandangan tuan betul nasi goring ialah kata nama am dan Nasi Goreng Kampung ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 30.09.2015 |