1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf? | Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Adakah penggunaan bahasa berikut betul? Tanggungjawab Ali untuk menyara kelaurganya terlalu amat berat. Suaranya sungguh merdu sekali? Nasi yang baru dikukus itu cukup panas sekali. | Semua contoh yang diberikan tidak boleh digunakan. Jawapan yang betul ialah i) Tanggungjawab Ali untuk menyara keluarganya amat berat. ii) Suaranya sungguh merdu. Nasi yang baru dikukus itu panas sekali. | Tatabahasa | 29.03.2007 |
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul. 1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. 2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah. 3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. 4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Tatabahasa | 07.07.2008 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. D-sementara, 2. D-Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu., 3. C-II Yang berambut panjang itu abang kamu? dan III Di manakah kamu simpan pakaian kamu? | Lain-lain | 12.04.2010 |
Salam sejahtera..terlebih dahulu terima kasih atas jawapan-jawapan yang telah pihak DBP berikan terhadap persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan sebelum ini. Soalan saya mengenai golongan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang tidak mempunyai imbuhan. Adakah perkataan "makan" dan "minum" golongan kata kerja transitif? contohnya: i.Dia minum.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia minum air. iii. Dia minum di kantin. iii. Air diminumnya. (Adakah diminum bentuk pasif?) i.Dia makan.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia makan roti. iii. Dia makan di kafeteria. iv. Roti dimakannya. (Adakah dimakan itu pasif) | Makan dan minum adalah kata kerja transitif. Ayat yang gramatis ialah 'Dia minum air' dan 'Dia makan nasi', kedua-dua ayat ini boleh dipasifkan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, diterangkan ada tiga bentuk ayat pasif, yang lazim diketahui ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 'di' dan 'ke' (lihat halaman 489). Jika ayat aktif boleh diikuti oleh keterangan, begitulah juga dengan ayat pasif, contohnya: Dia minum air di kantin (aktif) boleh diubah menjadi Air diminum olehnya di kantin (pasif), contoh yang lain Dia makan roti di kafetaria (aktif), boleh diubah menjadi Roti dimakan olehnya di kafetaria (pasif). | Tatabahasa | 17.02.2011 |