Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi goreng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam, Saya ingin pencerahan kepada perkataan berikut. Adakah betul pandangan saya atau tidak. Contohnya nasi goreng. Nasi goreng ialah kata nama am. Jadi ia ditulis dengan pangkal huruf kecil. Sekiranya ada nama khusus diberikan, ia akan jadi kata nama khas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. betul ke pandangan say ini?Pandangan tuan betul nasi goring ialah kata nama am dan Nasi Goreng Kampung ialah kata nama khas.Tatabahasa30.09.2015
apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut?Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng.Tatabahasa07.05.2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi Nasi Goreng Seafood jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? Adakah Nasi Goreng Makanan Laut? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.Istilah yang sesuai ialah Nasi Goreng Makanan Laut.Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
Adakah ayat ini betul. Abu membelikan sebungkus nasi goreng untuk adiknya.Ayat yang gramatis ialah "Abu membelikan adiknya sebungkus nasi goreng."Tatabahasa01.04.2015
adakah nama sajian seperti nasi goreng paprik, mi wantan dan sebagainya kata nama khas dan perlu dihurufbesarkan? Sekhas mana sesuatu untuk layak digolongkan kepada kata nama khas?Nasi Goreng Paprik da Mi Wantan ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar.Tatabahasa21.07.2012
Salam sejahtera tuan, Adakah ayat di bawah betul? i. Nasi goreng yang sudah siap masak itu sungguh enak rasanya. Terima kasih.Ayat yang betul, "Nasi goreng yang sudah siap dimasak itu sungguh enak rasanya".Tatabahasa05.08.2014
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza?Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak.Tatabahasa11.07.2014
Apakah perbezaan goreng pisang dan pisang goreng dari segi tatabahasa? Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah pisang goreng (kerana yang diterangkan ialah pisang).  Contoh lain ialah nasi goreng, mi goreng dan ikan goreng.

Tatabahasa04.07.2011
ayam goreng itu hangus/hangit kerana api terlalu besar. mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan di antaranya? adakah hangit hanya boleh digunakan untuk makanan?Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar".

Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).
Tatabahasa18.07.2013
12

Kembali ke atas