Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasihat;

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai mestika embun.

Bermaksud :

Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa tab Khidmat Nasihat ditiadakan dalam PRPM? Saya sentiasa merujuk kepada Khidmat Nasihat untuk mendapatkan kepastian ejaan. Saya ada mencadangkan supaya ejaan yang dibalas oleh DBP hendaklah ejaan yang betul apabila menjawab sebarang pertanyaan pelanggan semasa DBP membuka galeri di Terengganu Trade Centre pada tahun 2014. Kini Khidmat Nasihat sudah ditiadakan dalam PRPM. Mohon jasa baik tuan supaya ianya diwujudkan semula demi kepentingan umum. Terima kasih.Domain "Khidmat Nasihat" ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian. Domain ini akan dipaparkan semula tidak lama lagi.Lain-lain02.01.2015
Saya ingin merujuk kepada khidmat nasihat bertarikh 9/6/2015 mengenai penggunaan bergantung pada/kepada. Dalam entri ini, pihak khidmat nasihat DBP ada menyatakan bahawa 'bergantung kepada' digunakan apabila frasa ini diikuti dengan kata nama 'awak'. Namun, ini berbeza dengan entri khidmat nasihat lain yang secara tersirat menunjukkan bahawa 'bergantung pada' haruslah digunakan tidak kiralah apa pun perkataan yang mengikutinya (jika dilihat kepada semua contoh). Saya mohon agar pihak Khidmat Nasihat dapat mengesahkan perkara ini. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "bergantung pada", merujuk tempat bagi perbuatan kata kerja. Walau bagaimanapun frasa "bergantung kepada" banyak digunakan dalam kalangan masyarakat seperti yang terkandung dalam contoh yang tuan lihat dalam data kami. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa06.10.2015
Terlampau banyak jawapan dalam Khidmat Nasihat yang sudah tidak relevan. DBP mesti segera mengemas kini jawapan-jawapan dan soalan-soalan dalam Khidmat Nasihat supaya bahasa Melayu yang berpiawai dapat diperkasakan. Kekeliruan-kekeliruan ini menimbulkan keliru buat pemain-pemain industri bahasa sendiri akibat daripada bahagian Khidmat Nasihat yang tidak dirapikan dan dikemaskan. Amanah DBP besar untuk memurnikan bahasa Melayu yang baik.Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman puan, sistem Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) dalam proses untuk dinaik taraf, manakala paparan jawapan juga dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan cadangan puan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kami dan kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna KNDBP.
Lain-lain06.06.2024
SIHAT WAL AFIAT Khidmat Nasihat DBP pada 09/08/07 mentakrifkan ejaan “yang betul ialah walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Ejaan. Kemudian Khidmat Nasihat DBP pada 04/07/2013 mentakrifkan ejaan yang betul ialah “wal afiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Tatabahasa. Akhirnya, pada 03/08/22 Khidmat Nasihat DBP mentakrifkan pula “Ejaan yang betul ialah “walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Lain-Lain. Jika “wa” dalam bahasa Arab bermaksud “dan”, adakah perkataan “dan” dieja bersambung dengan perkataan “afiat” sebagai “walaifat” (danafiat)? Definisi daftar kemasukan “afiat”: 1. pulih, sihat; sihat dan ~ (afiat) = sihat wal afiat ~ sihat (tidak uzur). Bagaimanapun, lain pula halnya pada perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah – yang dieja berasingan “Wal Jamaah” daripada Wa al-Jamaah – “Dan Jamaah” . Mohon pencerahan.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), ejaan bagi kedua-dua frasa ini ialah Ahli Sunah Waljamaah dan sihat wal afiat. Wa atau wal ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud dan,  lazimnya dieja rapat dengan perkataan yang bergabung dengannya, sama juga halnya dengan kata bismillah, assalamualaikum dan waalaikumussalam. Walau bagaimanapun, jika mengikut kaedah transliterasi, lazimnya dieja terpisah.

Ejaan27.04.2023
Mohon nasihat dan pandangan tuan/puan bagi terma-terma berikut: 1) "culture rape" seperti dalam ayat: The 17-year-old exposing rape culture in Malaysian schools 2) "victim percipitation" seperti dalam ayat: Victim precipitation is a controversial theory asserting that victims sometimes initiate the actions which lead to their harm or loss. Kedua-dua terma ini berkait dengan bidang kriminologi. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rape culture ialah budaya rogol dan istilah victim precipitation ialah dorongan mangsa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah27.02.2024
Khidmat nasihat untuk ejaan jawi bagi perkataan Pembinaan Cemerlang IndahSila rujuk lampiran untuk tulisan Jawi "Pembinaan Cemerlang Indah".Lain-lain16.06.2022
MOHON NASIHAT BERKENAAN DENGAN PROSIDER UNTUK PERMOHONAN PAPAN TANDA BAGI SYARIKAT

Permohonan pengesahan bahasa Melayu pada visual papan tanda iklan boleh dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my atau ke Kaunter Khidmat DBP Sah Bahasa, ibu pejabat DBP, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.







Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-2147 9100/9200.

Lain-lain29.12.2021
Minta nasihat tuan tentang penggunaan perkataan "cerah". Adakah penggunaan "cerah" sesuai dalam ayat ini? Menurut cikgu kelas tuition, penggunaan cerah adalah salah dan patut diganti dengan perkataan "ceria". Ayat: Kita perlu menjalankan aktiviti gotong-royong bersama keluarga kita supaya kawasan rumah kita menjadi bersih dan cerah.Perkataan cerah kurang tepat dalam konteks ayat tersebut, kata yang tepat ialah "ceria" atau "cantik".Lain-lain13.09.2021
Mohon nasihat daripada DBP adakah perkataan terjemahan "offering" disini sesuai digunakan dalam konteks perniagaan atau inovasi. Offering (products, services and brands) -How is the offering branded? Tawaran (produk, perkhidmatan, jenama) - Bagaimanakah tawaran itu dijenamakan?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi How is the offering branded ialah Bagaimanakah dengan tawaran untuk barangan berjenama?Penyemakan dan penterjemahan07.07.2021
Mohon nasihat mengenai penggunaan ialah/adalah dalam ayat yang berikut: Ini ialah/adalah kad baharu anda.

Ayat yang betul ialah Ini kad baharu anda. Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.

Tatabahasa09.02.2021
12345678910...

Kembali ke atas