Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. | Makna | 07.08.2014 |
Salam, dalam bahasa Melayu, perkataan "-isme" atau "-isma" yang betul? | Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. | Tatabahasa | 09.04.2012 |
Ejaan perkataan metabolisme/metabolisme: 1. Pada bahagian khidmat nasihat, terdapat jawapan: Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. 2. Tetapi pada bahgian kamus, hanya perkataan metabolisme yang mempunyai definisi dan bulan metabolisma. Mohon pencerahan. | Terdapat kekeliruan maklumat dalam domain kamus DBP, maklumat berkenaan yang betul boleh diperoleh melalui carian metabolisma dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metabolisma&d=28648&#LIHATSINI. | Istilah | 16.06.2020 |
Apakah perbezaan penggunaan -isme dan -isma. Contoh: mekanisma dan saintisme. Terima kasih. | Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. | Ejaan | 18.05.2012 |
Salam sejahtera, soalan saya berkaitan dengan ejaan 'metabolisme' dan ' mikroorganisma'. Pelbagai rujukan telah dibuat tetapi saya tidak dapat menentukan ejaan yang tepat. Sila rujuk bahan yang saya lampirkan. terima kasih. | Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. | Ejaan | 04.08.2013 |
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan. | Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 21.06.2012 |
Assalamualaikum, Dalam bukunya Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam , Shaharir Mohamad Zain ada kemukakan istilah - istilah seperti barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme. Saya tidak pernah dengar istilah - istilah ini dan saya ingin tahu jika DBP menerima pakai istilah tersebut dan mempunyai entri di PRPM? | Akhiran "-isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme.Untuk makluman tuan, buku Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam karya Shaharir Mohamad Zain,bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang tuan senaraikan, iaitu barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme tidak ada dalam pangkalan DBP. | Makna | 16.10.2017 |
assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit. Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut: Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar. Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pemikiran pendengar | Makna | 24.04.2012 |
Kamus Dewan Edisi Keempat mengeja terjemahan perkataan "mechanism" sebagai "mekanisme". Walau bagaimanapun, saya diberitahu oleh seorang pegawai DBP bahawa ejaan tersebut adalah salah. Ejaan yang betul ialah "mekanisma". Saya mohon pengesahan tentang perkara ini. Jika dibandingkan dengan terjemahan perkataan "organism" sebagai "organisma", "mekanisma" adalah betul. | Isme ialah akhiran asing yang membawa maksud kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan seperti nasionalisme. Berdasarkan maksud yang tersebut ejaan yang betul ialah mekanisma. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Lain-lain | 18.10.2010 |
Apakah yang boleh dilakukan melalui sastera dalam memperjuangkan bangsa dan apakah contoh-contohnya? | Untuk mandapatkan maklumat ini, saudara boleh merujuk ASAS 50 yang dianggotai oleh penulis wartawan zaman 50-an seperti Rahim Kajai, Pak Sako dll. Saudara juga boleh merujuk novel karya Ishak Hj. Muhammad@ Pak Sako, Harun Aminurrashid. Selain itu, puisi hasil karya Usman Awang, A. Samad Said juga boleh juga dirujuk untuk tujuan ini. Contoh-contoh perjuangan bangsa melalui sastera ialah seperti ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa dan sastera, nasionalisme Melayu dan sebagainya. Terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2006 |