| Boleh saya tahu latarbelakang tokoh DBP Tun Dr. Tun Syed Nasir? | Tun Syed Nasir lahir di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan menerima pendidikan awal di sekolah Inggeris kerajaan di Batu Pahat. Beliau dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan pada Februari 1956 dan kemudiannya menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957, menggantikan tempat Prof. Ungku Aziz. Antara jasa beliau adalah menerajui DBP dalam pertemuan penyamaan ejaan Malaya - Indonesia dan pengasas Bulan Bahasa Kebangsaan. Atas jasa sebagai pejuang bahasa kebangsaan beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktpr Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1978. Beliau kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982 | Lain-lain | 12.04.2007 |
| Mat Nasir SUN 8:28AM Mat Nasir Mat Assalamualaikum. Saya masih mencari buku yang membicarakan tentang bahasa rojak. Atau memang masih tiada. Jika begitu mohon terbitkan segera buku tentang bahasa rojak ini utk tatapan awam. Agar 'bahasa nasional' ini dapat dihindari... | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 25.09.2016 |
| Zakwan Qayyum Aug 24th, 9:25pm Salam, Admin, boleh saya tanya bilakah Borang Permohonan Biasiswa DBP Tun Syed Nasir Ismail, boleh mula di muat turun? terima kasih... | Tuan boleh memuat turun borang tersebut pada bila-bila masa dengan capaian http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php pada Permohonan Biasiswa DBP Tun Syed Nasir Ismail klik muat turun borang. | Lain-lain | 24.08.2014 |
| Salam tuan...saya Cikgu Nasir dari Sekolah Seri Puteri...ada kemusykilan,harap tuan dapat bantu. Tuan,saya dah rujuk perkataan 'mangkir' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(ms 993)..maknanya tidak hadir(bekerja,bersekolah,dll),tidak datang...cuma persoalan saya ialah mengapa perkataan mangkir ini tidak boleh menerima imbuhan?contoh 'kemangkiran'..adakah perkataan ini memang tidak boleh menerima imbuhan atau sebaliknya...harap tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih tuan. | Kata mangkir dalam Kamus Dewan ditandakan sebagai bp tidak hadir (bekerja, bersekolah, dll), tidak datang. simbol bp di sini bermaksud bahasa percakapan yang membawa maksud tidak datang. Oleh itu, bahasa percakapan lazimnya tidak diberikan imbuhan kerana tidak digunakan dalam situasi rasmi. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
| salam berkenaan Biasiswa Sarjana Tun Syed Nasir, adakah biasiswa sarjana ini baru diperkenalkan pada tahun ini, apa yang saya tahu, tahun-tahun sebelum ini biasiswa ini hanya dibuka kepada calon ijazah sarjana muda sahaja, dan adakah biasiswa sarjana ini akan dibuka setiap tahun. Terima kasih. | Untuk maklumat lanjut tentang tawaran biasiswa ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479000 atau kemukakan e-mel pertanyaan kepada Ketua Bahagian, Encik Azhar Mohamad Dora melalui azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 21.09.2014 |
| Assalamualaikum. Ejaan nama tulisan Jawi: Nurliza binti Mohd Nasir Terima kasih. | نورليزا محمد ناصير | Ejaan | 10.10.2013 |
| Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya ingin bertanya adakah tawaran Skim Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail yang diwujudkan oleh DBP masih dibuka? Hal ini kerana saya berminat dan berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana pada bulan September ini di USM. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian. Terima Kasih. | Waalaikumussalam... Untuk pertanyaan dengan lebih jelas tentang biasiswa ini. Tuan/puan boleh menhubungi pegawai kami di bahagian sumber manusia melalui 03-2147 9341 (Puan Fairuz binti Yaacob). Terima kasih | Lain-lain | 28.06.2016 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera.. maaf menganggu. tuan/puan bolehkah saya tahu adakah permohonan Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail masih dibuka untuk sesi 2017? | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui telefon 03-21479000. | Lain-lain | 13.02.2017 |
| Rahmat RamliView Profile 3:13PM Rahmat Ramli Rahmat apakah sudah tiada lagi biasiswa sarjana tun syed nasir?.. | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 01.06.2016 |
| Khairul Ashraaf RAB 11.41 PTG Assalamualaikum,.. Saya Khairul Ashraaf, saya ingin bertanya, mengenai Biasiswa Tun Syed Nasir DBP. Adakah biasiswa tersebut masih ditawarkan pada sesi pengajian tahun ini? dan jika masih ditawarkan, bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa tersebut? | Wassalam. Untuk makluman, biasiswa tersebut tidak ditawarkan untuk tahun ini. Sekiranya terdapat apa-apa pengumuman, pihak tuan boleh mendapat maklumat melalui laman rasmi DBP. | Lain-lain | 13.09.2017 |