Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nas.khah] | نسخه

Definisi : 1. karangan dll yg bertulis tangan, manuskrip; 2. Id karangan asal (yg akan dicetak atau diterbitkan), manuskrip, skrip; 3. penjodoh bilangan utk buku (majalah, surat khabar, dll), buah: majalah itu berharga RM1.50 se~; 4. rang (undang-undang, per­lembagaan, dll), rancangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nas.khah] | نسخه

Definisi : 1 karangan dll yg bertulis tangan; manuskrip. 2 penjodoh bilang­an utk menghitung buku, maja­lah dll; buah: Harga majalah itu ialah seringgit se~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naskhah (kata nama)
Bersinonim dengan manuskrip, skrip, teks, matan, dokumen, sahifah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM?Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah.Makna13.08.2008
Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara. penggunaan bertulisan betul ke? atau yang salah ialah tersimpan? apa jawapan yang betul?Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara atau Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih disimpan di Arkib Negara. Tatabahasa16.07.2008
naskah atau naskhahEjaan yang tepat ialah naskhah.Ejaan27.07.2010
Tuan, Ejaan manakah yang betul? naskah atau naskhah? Maklum balas amat dihargai. Terima kasih

 

Ejaan yang betul "naskhah". Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain26.10.2010
Apakahperbezaan antara galeri, arkib dan muzium? Kalau sekolah hendak wujudkan bilik pameran untuk simpanan maklumat sekolah seperti majalah sekolah, piala, buku teks yang digunakan, bekas pengetua , guru dan lain-lain, itu adalah galeri kan? TerimakasihKamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan galeri sebagai bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.

Arkib  pula ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dan sebagainya yang dianggap penting. 2  tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama.

Manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yang mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dan sebagainya.

Berdasarkan keterangan saudara, galeri lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa30.04.2013
PERMOHONAN UNTUK MENGALIKSARA MANUSKRIP JAWI KE RUMI. MARDHIAH BINTI GHAZALLI JAWATAN : GURU BAHASA ARAB & AGAMA DI SMK SERI PAGI SEREMBAN. NO HP: 0129171685 NO I/C: 730214055010 ALAMAT: 9361 JALAN KEKWA 4, TAMAN GURU, SENAWANG, 70450, SEREMBAN, N.SEMBILAN. PENGALAMAN : TERLIBAT MENTERJEMAHKAN MANUSKRIP TAMING SARI BERSAMA EN. WAN AHMAD (PUSAKO MOYANG, SEREMBAN) DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PENYELIDIK MANUSKRIP DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN.

Puan Mardhiah,

Terima kasih dan syabas kerana puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja mengalihaksara manuskrip jawi ke rumi. Untuk makluman puan Bhg. Dasar dan penyelidikan Sastera,DBP ada mengusahakan projek Transliterasi dan Analisis Naskhah. Setiap tahun pihak kami akan memilih naskhah-naskhah yang sesuai untuk ditransliterasi. Oleh itu sekiranya ada manuskrip yang telah dikenalpasti, pihak kami akan menghubungi puan.

Sekian. 

Lain-lain11.12.2010
Salam. Penyuntingan ada dua, iaitu penyuntingan substansif dan penyuntingan kopi. Adakah penyuntingan kopi itu merujuk kepada penyuntingan naskhah?Benar. Penyuntingan kopi sama dengan penyuntingan naskhah.Lain-lain01.02.2011
apakah pengertian filologi dari sudut sasteraSecara umum, filologi bermaksud kajian saintifik terhadap bahasa dan kesusasteraan. Dalam pengertian yang lebih khusus filologi ialah ilmu pengkajian naskhah yang bercetak atau bertulis tangan. Kajian ini meliputi semua bahan bertulis  atau bahan kesusasteraan  untuk dihubungankan dengan konteks kebudayaan dan masyarakat pada masa naskhah itu ditulis. Kajian yang dilakukan tidak sahaja terbatas pada naskhah lama tetapi meliputi juga naskhah semasa.Lain-lain04.09.2008
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut?

Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut:

1.        Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih.

2.       Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar  di majalah, akhbar atau terbitan lain.

3.       Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir.

4.       Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya.

5.       Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip.

6.       Jilid manuskrip dengan kemas.

7.       Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka.

Lain-lain09.03.2011
Tuan, Saya, Ismail bin Ahmad, adalah pengarang tiga buah buku ilmiah terbitan DBP, seperti yang berikut: Pengenalan Virologi (1993) Komunikasi Saintifik (1995) Penulisan Saintifik (1996) Saya ingin mendapatkan naskhah baru untuk kegunaan sendiri. Pertanyaan saya: Adakah DBP masih boleh mencetak lagi buku-buku tersebut? Berapakan minimum bilangan naskhah yang saya perlu pesan? dan, berapakah kos yang terlibat? Untuk pengetahuan tuan, saya telah menghantar soalan ini kali kedua, kerana soalan yang sama yang saya hantar dua minggu yang lalau tidak mendapat jawapan. Sekian. Terima kasih Yang benar Ismail Ahmad

Judul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh memohon atau mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang dengan menulis surat kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Soalan tuan yang dahulu telah dijawab oleh petugas tetapi terdapat masalah teknikal menyebabkan jawapan tersebut tidak sampai kepada tuan. Harap maaf.

Lain-lain03.03.2008
1234

Kembali ke atas