Assalamualaikum WBT.. Saya dalam proses menyiapkan album nasyid dibawah bimbingan kumpulan Hijjaz. Anggotanya 6 lelaki (pensyarah) dan 3 perempuan (pelajar). Mohon pandangan dan cadangan pihak tuan untuk memberikan nama kumpulan nasyid ini. | Kami mohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas terhadap pertanyaan sdr. Hal ini kerana pertanyaan sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Dewan yang meliputi : Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 03.07.2010 |
SALAM.SAYA INGIN MENULIS LIRIK LAGU NASYID YANG BERKISAR TENTANG KISAH PERJUANGAN RASULLULLAH SAW..ANTARA "MU" DAN "NYA",YANG MANAKAH LEBIH SESUAI DIGUNAKAN.CONTOH LIRIK;"bagai bulan purnama,terzahir nur wajahMU.." | Saudara Nurul, Pada pandangan kami kedua-dua bentuk boleh digunakan kerana ia bergantung pada cara dan maksud yang hendak disampaikan. "Mu" memperlihatkan penyampaian maksud secara langsung kepada pihak kedua manakala "Nya" memperlihatkan penyampaian maksud yang lebih umum tentang pihak ketiga. | Lain-lain | 13.02.2010 |
Kami tidak tahu siapa yang akan terpilih untuk mewakili maktab ke pertandingan nasyid. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat ini? | Kesalahan yang ditemukan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tanya "siapa" dalam ayat penyata. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah. | 1. Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan". 2. Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet. 3. Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi: i. Sapaan - tetamu. ii. Objektif pertandingan. iii. Hadiah pertandingan. iv. Nama peserta/pasukan bertanding. v. Urutan/ atur cara pertandingan. vi. Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat. | Lain-lain | 05.03.2009 |