Apakah terjemahan bagi istilah 'standoff'? (sejenis alat seperti nat- gambar dilampirkan) | Istilah ini telah wujud di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami tetapi untuk bidang yang berbeza. Bagi konsep untuk istilah standoff yang diberikan ini, cadangan untuk istilah ini daripada pihak kami ialah skru pengetat berdasarkan fungsi skru ini digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |
Apa terjemahan "washer", iaitu sekeping logam untuk melapik antara nat dan bolt? | Padanan bagi istilah washer dalam bahasa Melayu ialah sesendal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |