1. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 2. ONLINE NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 3. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS OPEN COMPETITION senarai di atas merupakan nama pertandingan. saya ingin mohon bantuan untuk menterjemahkan kepada bahasa melayu terima kasih atas bantuan. | Cadangan terjemahan bagi frasa tersebut seperti yang berikut: 1. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION - PERTANDINGAN ROBOTIK MAYA KEBANGSAAN 2. ONLINE NATIONAL ROBOTICS COMPETITION - PERTANDINGAN ROBOTIK DALAM TALIAN KEBANGSAAN 3. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS OPEN COMPETITION - PERTANDINGAN TERBUKA ROBOTIK MAYA KEBANGSAAN | Makna | 26.08.2020 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. A Reading Book Of China’s National Condition a) Buku Bacaan Keadaan Semasa Negara China b) Buku Bacaan Hal Ehwal Semasa Negara China c) Buku Bacaan Keadaan Negara China 2. Illustrated China a) Peristiwa Bergambar Negara China b) Cerita Bergambar Negara China 3. People's livelihood a) Sara hidup rakyat b) Kehidupan rakyat 4. Special Report on National Condition a) Liputan Khas Keadaan Semasa Negara b) Laporan Khas Keadaan Semasa Negara 5. Special topic / special feature on national condition a) Topik Khas Keadaan Semasa Negara b) Rencana Keadaan Semasa Negara 6. Fascinating National Condition – Pesona Keadaan Semasa Negara 7. Hong Kong's Return to China / Handover of Hong Kong a) Penyerahan Hong Kong kembali kepada Pemerintahan China b) Penyerahan Kedaulatan Hong Kong kepada Pemerintahan China Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. A Reading Book of China’s National Condition: Buku Bacaan Berkaitan Keadaan Rakyat/Negara China 2. Illustrated China: Maklumat Berilustrasi Negara China 3. People's Livelihood: Mata Pencarian Rakyat 4. Special Report on National Condition: Laporan Khas Berkaitan Rakyat/Negara 5. Special Topic/Feature on National Condition: Topik Khas Berkaitan Rakyat/Negara 6. Fascinating National Condition: Keadaan Rakyat/Negara yang Mempesonakan/Mengagumkan/Menakjubkan 7. Hong Kong's Return to China/Handover of Hong Kong: Penyerahan Semula Hong Kong kepada Negara China Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2021 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) The National Law Popularization Office (popularization di sini merujuk kepada usaha untuk memperluaskan pengetahuan undang-undang dalam kalangan masyarakat umum); (2) "issued" by.... (issued di sini merujuk kepada 'issue' sesuatu dasar atau polisi atau pelan....maksud dalam teks sumbernya ialah "dicetak dan diedarkan" ) bolehkah diterjemahkan sebagai "dikeluarkan oleh...." atau "diedarkan oleh...."? ; (3) National Food and Drug Safety Plan (Drug di sini merujuk kepada 'ubat-ubatan') Bolehkah diterjemahkan sebagai "Perancangan Keselamatan Makanan dan Drug Negara"? Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: i) The National Law Popularization Office – Pejabat Popularisasi Undang-undang Kebangsaan ii) issued - diterbitkan iii) National Food and Drug Safety Plan - Pelan Keselamatan Makanan dan Ubatan Kebangsaan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 08.06.2021 |
Mohon kepastian penggunaan italik kata nama khas BI. Cth: NATIONAL ECONOMIC ACTION COUNCIL | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus seperti perbadanan (institusi) tidak perlu ditulis condong tetapi huruf pertama kata nama khas tersebut ditulis dengan huruf besar. Contohnya, National Economic Action Council. Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 96. | Lain-lain | 17.01.2025 |
Salam. Apakah padanan istilah BM yang sesuai untuk "affiliated high school" seperti Affiliated Senior High School of National Taiwan Normal University (https://en.wikipedia.org/wiki/Affiliated_Senior_High_School_of_National_Taiwan_Normal_University) dan High School Affiliated to Renmin University Of China (https://en.wikipedia.org/wiki/High_School_Affiliated_to_Renmin_University_of_China)? Adakah "Sekolah Menengah Gabungan National Taiwan Normal University" atau "Sekolah Menengah Berhubung Renmin University Of China" sesuai digunakan? Nama universiti China/Taiwan harus dikekalkan dalam bahasa Inggeris (memandangkan nama rasmi Inggeris dibekalkan dalam laman rasmi universiti) atau boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu? Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah affiliated high school ialah sekolah menengah bersekutu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 05.08.2023 |
Maafkan kerana banyak bertanya. Saya ingin tahu istilah "national focal point" dalam Bahasa Melayu. Saya lihat begitu banyak laman web kerajaan yang menggunakan istilah focal point. Contohnya "ECC bertindak sebagai focal point kepada pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dalam aspek arahan, tindakan." Apakah isitilah yang lebih sesuai untuk menggantikannya? Saya juga melihat rata-ratanya memisahkan focal point dan pusat rujukan. Jadi, saya menyangka bhawa focal point dan pusat rujukan itu tidak sama. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi national focal point ialah "tumpuan utama nasional" | Makna | 19.05.2022 |
Tuan / Puan, Mohon semak terjemahan Bahasa Inggeris untuk istilah-istilah di bawah: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - local National Registration Department (NRD) branches 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Office Division 3. Unit Kebajikan Penjara Institusi - Prison Institution Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - Department of Social Welfare at district level 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit at headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- prisoners on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Terima Kasih | Untuk makluman tuan/puan, kami tidak menyemak terjemahan Bahasa Inggeris. Namun begitu, kami mencadangkan terjemahan yang berikut: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - National Registration Department (State Branch) 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Division 3. Unit Kebajikan Institusi Penjara - Prison Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - nearby District Social Welfare Office 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit for Malaysia Prisons Department Headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- inmates on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.06.2017 |
1. Principals advocate on local, state and national levels for policies. Apakah perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan Bahasa Inggeris "advocate" dalam konteks ayat di atas. | Cadangan kami perkataan advocate diterjemahkan kepada menyokong jika bersesuaian dengan konteks ayat yang tersebut. | Istilah | 28.01.2014 |
Mohon bertanya. Apakah "Khazanah negara" merupakan padanan yang sesuai bagi ungkapan, "National treasure"? | Ya, betul. Pandangan itu sesuai. Tuan/puan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.07.2014 |
Tuan/Puan, Mohon pencerahan samada akronim yang berasal dari Bahasa Inggeris seperti NBOS (National Blue Ocean Strategy), UTC (Urban Transformation Center), WHO (World Health Organization) dll perlu ditulis dalam italik? | Tuan/puan yang budiman, Akronim dalam bahasa Inggeris seperti NBOS, UTC, WHO dan sebagainya tidak perlu ditulis menggunakan fon italik. | Lain-lain | 12.12.2017 |