Saya pelajar sarjana di UKM sedang mengkaji mengenai "Middle Power Nations" dan akan mengeluarkan thesis mengenainya dalam bahasa melayu. Saya ingin bertanya istillah "Middle Power Nations" jikalau di terjemahkan kepada bahasa melayu adakah ia sebagai Negara Kuasa Tengah atau Negara Kuasa Pertengahan? Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih | Menurut Istilah Bahasa Melayu, maksud 'middle power' ialah kuasa pertengahan daripada bidang sains politik dan sejarah. Maka cadangan terjemahan bagi "Middle Power Nations" ialah negara kuasa pertengahan | Makna | 24.10.2021 |
Apakah istilah terjemahan tepat untuk United Nations Security Council (UNSC)? Adakah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu? | Terjemahan untuk United Nations Security Council (UNSC) dalam bahasa Melayu ialah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Makna | 07.05.2022 |
Saya ingin bertanya United Nations dalam bahasa Melayu ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Bangsa-Bangsa Bersatu? | Padanan yang betul ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2017 |
Apakah terjemahan yang paling tepat untuk "model law" dalam ayat United Nations Commission on International Trade Law Model Law Procurement 2011? | Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Mohon berikan cadangan terjemahan bahasa Melayu yang bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan, untuk kami semak. | Lain-lain | 14.08.2024 |
Apakah terjemahan bagi teori berikut: 'Absolute Advantage Theory', 'Comparative Advantage Theory', 'International Product Life-Cycle Theory' dan 'Competitive Advantage Nations Theory' dalam bahasa melayu? | Salam Saudara. Mohon maaf kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, sebaliknya kami menyediakan perkhidmatan penyemakan terjemahan. Maksudnya, Saudara perlu mengemukakan cadangan terjemahan teori berkenaan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu dan disertakan maklumat ringkas atau sinposis konteks kandungan teori tersebut. Melalui maklumat tersebut kami akan menyemak penterjemahan tersebut dan mengesahkannya. Harap maklum dan terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2014 |
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara? | ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial). | Lain-lain | 04.01.2018 |
Adakah penggunaan "penerbangan carter" atau penerbangan sewa khas lebih afdal? http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=charter# charter n 1. written grant of rights, piagam; 2. constitution, piagam: the ~ of the United Nations, Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; 3. (attrib) for hire, carter: ~ flight, penerbangan carter; | Istilah bahasa Melayu untuk "charter flight" ialah penerbangan carter. | Istilah | 15.09.2012 |