Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. one born in a particular place, anak kelahiran: a ~ of Ireland, anak kelahiran Ireland; 2. local inhabitant, orang tempatan: he speaks French like a ~, dia bertutur bahasa Perancis spt penduduk asal Perancis; 3. (old-fashioned & offensive) one belonging to a people of primitive culture, orang asli; 4. (animal, plant) approp n + /asli, asal/: durian is a ~ of Southeast Asia, durian ialah tumbuhan asli Asia Tenggara; the kangaroo is a ~ of Australia, kanggaru ialah binatang asli Australia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : go ~, mengikut cara hidup orang tempatan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. where one was born, tempat asal; (ref to country, town, etc), /negara, kampung, dll/ asal: he left his ~ France many years ago, dia meninggalkan negara asalnya Perancis sejak bertahun-tahun dahulu; ~ /land, country/, negara asal, tanah air, tanah tumpah darah; 2. indigenous, a. (of person) asal: ~ inhabitants, penduduk asal; b. (of animal, plant) asli, asal: ~ flora and fauna, tumbuh-tumbuhan dan haiwan asli; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. characteristic of, belonging to the indigenous people of a place, tradisional, tradisi: ~ costume, pakaian tradisi; 4. acquired from time of birth, ibunda: o’s ~ language, bahasa ibunda sso; 5. see NATIVE-BORN; 6. of a people of primitive culture, orang asli: ~ tribes, puak orang asli; 7. innate, inherent, semula jadi: ~ intelligence, kecerdasan semula jadi; ~ musical talent, bakat muzik yg semula jadi; 8. pure, asli: ~ metal, logam asli; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata native


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah 'native language' diterjemahkan sebagai 'bahasa natif' dalam bahasa melayu?Padanan ‘native language’ dalam bahasa Melayu ialah ‘bahasa bumiputera’; ‘bahasa ibunda’; ‘bahasa asli’; dan ‘bahasa natif’.Istilah20.07.2014
Apakah terjemahan 'Native proficiency' dan 'Full professional proficiency' dalam Bahasa Melayu yang digunakan untuk mengukur tahap kefasihan bahasa?Padanan bahasa Melayu untuk "native proficiency" ialah kecekapan penutur asli dan "full professional proficiency" ialah kecekapan profesional penuh. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada kesesuaian dan konteks penggunaan ayat.Makna17.08.2020
Apakah terjemahan yang tepat bagi Native Speaker? Penutur Jati atau Penutur Asli?Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi native speaker ialah penutur asli.Tatabahasa31.03.2014
Apakah terjemahan bagi istilah "digital natives"?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk digital native. Padanan bahasa Melayu untuk digital ialah digital. Perkataan native mempunyai beberapa istilah bahasa Melayu, iaitu tempatan, asli , asal, semula jadi dan natif.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya sudah membuat carian di PRPM.dbp.gov.my dan tidak mendapati istilah bM bagi "Digital Native". Mohon bantuan Tuan/Puan untuk memberikan saya terjemahannya dalam bM. Terima kasih, wassalam.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk digital native. Padanan bahasa Melayu untuk digital ialah digital. Perkataan native mempunyai beberapa istilah bahasa Melayu, iaitu tempatan, asli , asal, semula jadi dan natif.Istilah27.11.2011
To whom it may concern, My name is Philip Morgan - I am a native Englishman and have lived in Malaysia since 2004. I currently run an online English grammar and proofreading service. Working mostly for students, I have additionally completed work for a wide variety of clients. Quite by accident, I was introduced to a former employee who proofread for you, and she suggested that I contact you. I would very much like the chance to introduce myself and my services to Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Hopefully whoever reading this message can pass it on to the correct person in the right department :-). I really look forward to speaking or meeting you soon. Yours Sincerely, PhilipMorgan www.grammarproofing.com email - grammarproof@yahhoo.com h/p 012 2483749

Saudara,

Dewan Bahasa dan Pustaka lebih banyak menerbitkan buku dalam bahasa Melayu. Saudara boleh menghubungi  Institut Terjemahan Negara Malaysia, no. telefon 03-41497210 atau e-mel itnm.com.my.

 

   

Lain-lain15.08.2010

Kembali ke atas