| NATURAL LATEX BACK CARE SLEEP SYSTEM | Sila buat permohonan pengesahan iklan secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 26.03.2021 |
| Saya sedang menulis buku berkaitan natural farming. Apakah terjemahan yang paling cocok untuk natural farming? Adakah Pertanian Alami sebagaimana saudara kita, Indonesia terjemahkan? | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “natural farming”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang pertanian iaitu “natural planting” yang dipadankan sebagai tanam semula jadi dan “commercial farming” yang dipadankan sebagai pertanian dagangan. Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “natural farming” ialah pertanian semula jadi. | Istilah | 09.10.2019 |
| Apakah terjemahan terbaik untuk istilah natural farming? Hal ini kerana istilah pertanian organik tidak berapa tepat. Adakah sesuai diterjemahkan sebagai pertanian alami? | Istilah natural farming masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan natural farming ialah perladangan, pertanian atau penternakan semula jadi mengikut kesesuaian konteks ayat yang ingin digunakan. | Makna | 13.05.2019 |
| Lembaga Getah Malaysia akan melaksanakan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR). Kami ingin mendapatkan pandangan DBP mengenai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR). | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) ialah Getah Asli Mampan Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.10.2023 |
| Penggunaan bagi perkataan "natural". | | Natural ialah kata adjektif berkenaan dengan sesuatu yang wujud secara semula jadi dan tidak dibuat atau dihasilkan oleh manusia. Contoh penggunaan perkataan natural ialah “Salun itu menyediakan rawatan kecantikan dengan menggunakan bahan natural”. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 1523 untuk maklumat lanjut. | | Tatabahasa | 30.06.2026 |
| Betulkah untuk menterjemahkan "Natural Baking Soda" sebagai "Soda Penaik Semulajadi" dalam BM? | "Natural baking soda" boleh diterjemahkan kepada "soda penaik semula jadi" atau "soda penaik asli". Sila ambil maklum, ejaan "semula jadi" dieja jarak. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.06.2023 |
| Assalamu'alaikum. Apakah terjemahan yang tepat untuk "natural right"? Terima kasih. | Untuk makluman, padanan istilah bahasa Melayu untuk natural rights ialah hak semula jadi (bidang Sains Politik). | Istilah | 19.05.2011 |
| Kami mendapati bahawa padanan bagi perkataan “natural” dalam Peraturan-Peraturan yang sedang kami semak digunakan secara tidak konsisten. Ada yang dipadankan dengan “asli” dan ada yang dipadankan sebagai “semula jadi”. Apakah padanan yang sewajarnya? | Dalam bidang undang-undang, natural diterjemahkan kepada semula jadi. Adapun terjemahan asli yang digunakan bagi menggambarkan maksud genuine tetapi frasa bahasa Inggerisnya dibina dengan perkataan natural. | Istilah | 28.05.2021 |
| Salam DBP. Saya memerlukan padanan bagi “natural attenuation”. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah natural attenuation ialah pelemahan semula jadi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 06.12.2022 |
| Mohon untuk dapatkan istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah berikut: calcined natural bone ash adakah: 1. abu tulang bakar asli atau 2. abu tulang asli bakar Ayat penuh: Bone china ertinya apa-apa chinaware atau porselin yang mengandungi 25 peratus atau lebih calcined natural bone ash atau trikalsium fosfat dan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus Segala bantuan amat dihargai. Terima kasih. | Cadangan kami untuk terjemahan calcined natural bone ash ialah abu tulang bakar asli. | Tatabahasa | 04.05.2012 |