Mohon untuk dapatkan istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah berikut: calcined natural bone ash adakah: 1. abu tulang bakar asli atau 2. abu tulang asli bakar Ayat penuh: Bone china ertinya apa-apa chinaware atau porselin yang mengandungi 25 peratus atau lebih calcined natural bone ash atau trikalsium fosfat dan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus Segala bantuan amat dihargai. Terima kasih. | Cadangan kami untuk terjemahan calcined natural bone ash ialah abu tulang bakar asli. | Tatabahasa | 04.05.2012 |
Saya sedang menulis buku berkaitan natural farming. Apakah terjemahan yang paling cocok untuk natural farming? Adakah Pertanian Alami sebagaimana saudara kita, Indonesia terjemahkan? | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “natural farming”. 1"> Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang pertanian iaitu “natural planting” yang dipadankan sebagai tanam semula jadi dan “commercial farming” yang dipadankan sebagai pertanian dagangan. 1"> Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “natural farming” ialah pertanian semula jadi.1"> | Istilah | 09.10.2019 |
1) Bagaimana translate "fruity baby powder" kepada BM? Adakan "bedak bayi beraroma buah-buahan" ? 2) "Natural" in BM ada kata ini? | 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 8pt;">Betul, padanan bahasa Melayu untuk “ "fruity baby powder" ialah bedak bayi beraroma buah-buahan. Terdapat perkataan “natural” dalam bahasa Melayu yang sama maksud dengan semula jadi, alamiah dan penggunaan perkataan tersebut bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 23.02.2024 |
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, Ikhwan | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat. | Istilah | 18.05.2016 |
Selamat Sejahtera! Made of natural origin ingredients. Cadangan terjemahan 1:Dirumus dengan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi. Cadangan terjemahan 2: Dirumus dengan bahan-bahan daripada sumber semulajadi Cadang terjemahan 3: Dirumus dengan bahan-bahan berasaskan sumber semulajadi Antara ketiga-tiga cadangan, mana satu adalah terjemahan yang betul? | Pada pandangan kami, “Dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi dianggap sebagai terjemahan yang sesuai. Tidak perlu kata ganda untuk perkataan “bahan” kerana maksud “dirumus” sudah merangkumi maksud menggunakan lebih daripada satu bahan. Semula jadi terangkum dalam kategori kata majmuk yang perlu dieja terpisah. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2019 |
Apakah terjemahan dalam bahasa melayu yang tepat bagi: 1. Adaptive learning systems 2. AI-Driven Personalized Learning 3. Intelligent Tutoring Systems 4. Natural Language Processing (NLP) 5. Enhanced Personalized Learning 6.Bias in AI Algorithms | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2024 |
Formulated with a blend of natural derived ingredients. BM Translation: Dirumus dengan bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber semulajadi. apply and gently lather BM Translation: sapukan dan mengusap secara lembut Terima kasih. | Tuan, Ayat 1: Bahan yang dirumus dan diperoleh daripada sumber semula jadi. Ayat 2: Gunakan dan sapukan secara lembut. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2017 |
1)seorang murid lelaki menyusun meja dengan kemas 2) seorang murid lelaki mengelap cermin tingkap dengan baik. adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi tidak sejadi (natural) kerana frasa kerjanya membayangkan ada pelaku tertentu yang telah melaksanakan perbuatan menyusun dan mengelap. Ayat yang sesuai ialah 1) Murid lelaki itu menyusun meja dengan kemas. 2) Murid lelaki itu mengelap cermin tingkap dengan baik. | Makna | 11.05.2011 |
Selamat Sejahtera! Please help to check the BM translations as below: Made of natural origin ingredients. Cadangan terjemahan:Dirumus dengan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut:1"> “Dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi” | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2019 |
Apakah padanan bagi "Packaged drinking water". Dalam ayat di bawah ini ia dipadankan dengan "air minuman berbungkus". Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia. | Padanan packaged drinking water yang sesuai ialah air minuman dalam botol. | Istilah | 18.07.2021 |