Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : of /this, that/ ~, spt /ini, itu/: I will not tolerate behaviour of this ~ in my house, saya tdk akan membiarkan kelakuan spt ini dlm rumah saya; in the ~ of, the same as, tdk ubah spt: her request is in the ~ of a command, permintaannya tdk ubah spt satu arahan; in the ~ of things, perkara semula jadi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. temperament, character, sifat (semula jadi): she has a generous ~, sifatnya pemurah; it’s against human ~, hal itu berlawanan dgn sifat manusia; the two dogs have entirely different ~s, kedua-dua ekor anjing itu mempunyai sifat semula jadi yg sangat berbeza; by ~, memang sifat (semula jadi) sso: children are optimistic by ~, memang sifat semula jadi kanak-kanak optimis; it’s not (in) so’s ~ to, bukan sifat sso: he will rise again, it’s not in his ~ to give up easily, dia akan bangun berjuang semula, bukanlah sifatnya mudah mengalah; 4. essential property, characteristic, sifat: to study the ~ of gases, mengkaji sifat-sifat gas; 5. sort, kind, jenis: the ~ of his work enabled him to go abroad frequently, jenis pekerjaannya membolehkan dia selalu ke luar negeri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. the physical world, usually the outdoors, alam (semula jadi): the beauties of N~, keindahan alam semula jadi; ~ lovers, pencinta alam; elements of ~, unsur alam; Wordsworth was a poet of ~, Wordsworth ialah seorang pensyair alam semula jadi; ~ worship, pemujaan alam; 2. power causing natural phenomena, [various translations]: procreation is ~’s way of ensuring that life goes on, pembiakan ialah cara alam memastikan bahawa kehidupan akan berterusan; to struggle against ~, bergelut dgn fenomena alam; the doctors have done what they can, we must leave the rest to ~, para doktor telah melakukan segala yg terdaya, biarlah keadaan menentukannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nature

Peribahasa

531

Less haste, more speed

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that less haste, more speed because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan sebenar bagi “permitted nature-identical flavouring substance” dalam ayat di bawah ini? 243A. (7) Notwithstanding subregulations (6), permitted nature-identical flavouring substance may only be added in mango nectar. 243A. (7) Walau apa pun subperaturan (6), bahan perisa serba sama bahan asli yang dibenarkan hanya boleh ditambah pada nektar mangga.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu untuk permitted nature-identical flavouring substance ialah bahan perisa serba sama asli yang dibenarkanPenyemakan dan penterjemahan30.06.2021
Apakah terjemahan perkataan "nature life guard"?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi nature life-guard ialah anggota penyelamat alam semula jadi.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2024
(nature of business) dan (Cost Banefit Analysis) yang dikurungkan dalam ayat adakah perlu di italic

Teks Nature of Business dan Cost Benefit Analysis perlu diitalikkan kerana merupakan perkataan dan teks dalam bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contohnya, suai padan (copy fitting) dan kebebasan seni (poetic license).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 153.

Lain-lain17.04.2025
Baby's skin deserves the best care from nature. Suggested translations:- 1. Kulit bayi patut menerima penjagaan yang terbaik daripada alam semula jadi. 2. Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. 3. Kulit bayi perlu diberikan penjagaan yang rapi berasaskan sumber semula jadi. Appreciate if you could advise which translation is correct. Thanks.Padanan yang sesuai untuk terjemahan tersebut ialah Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. Penyemakan dan penterjemahan25.06.2019
Soalan (19/5/2016) - Kami ingin memaparkan nama aktiviti (business nature) pada dinding hadapan bangunan pengedar-pengedar kami. Akan tetapi terdapat kemusykilan sama ada Wakil Jualan atau Pusat Jualan merupakan terma yang betul untuk digunakan. Adakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang sekiranya pihak kami ingin menggunakan "Pusat Jualan" dan menyeragamkan terma ini untuk semua pengedar kereta kami diseluruh malaysia? Jawapan: Keterangan "PUSAT JUALAN" boleh digunakan untuk mana-mana ibu pejabat dan cawangan. ------------------------------------------------------------------- Merujuk Kepada jawapan di atas: Pusat Jualan - Ibu Pejabat dan cawangan Wakil Jualan - Pengedar Adakah kenyataan saya di atas tepat? Atau untuk pengedar , boleh juga menggunakan pusat jualan?
Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain31.05.2016
Pernyataan ini berkaitan dgn bidang penyelidikan pendidikan ... Creswell & Clark (2007) ada menulis "the embedded nature of this approach can be indicated with the notation QUAN (qual). The qualitative data played a subservient role within the larger quantitative metholodogy" Persoalannya sekarang, adakah tepat sekiranya saya terjemahkan QUAN (qual) pada KUAN (kuali). Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "KUAN" dan "kuali" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan tersebut mesti dieja penuh , iaitu Kuantitatif dan Kualitatif.Istilah03.12.2013
Assalamualaikum Saya rasa DBP keliru antara Franchise and Franchisee Franchise - a privilege of a public nature conferred on an individual, group, or company by a government: a franchise to operate a bus system. the right or license granted by a company to an individual or group to market its products or services in a specific territory. a store, restaurant, or other business operating under such a license. the territory over which such a license extends. Franchisee - a person or company to whom a franchise is granted. Pertanyaan saya ialah - apakah terjemahan bagi FranchiseeCadangan terjemahan bagi franchisee ialah "pemegang francais"Makna16.04.2022
Ada kesilapan pada entri perkataan meteor. Contoh ayat yang diberi: the punishments was ~d out according to the nature of the offence. Perkataan Inggeris yang sepatutnya dalam contoh ini adalah mete, bukan meteor.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan perkataan yang salah dalam contoh ayat yang diberikan. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian yang bertanggungjawab.Lain-lain30.10.2020
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagarTerjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Luxury mixed development -  Pembangunan becampur yang mewah

Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri
 
Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda

Freehold - Pegangan kekal

An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau
 
Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan  alam semula jadi

Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2016
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanyakan mengenai apakah maksud kepada perkataan "Birdwatching" di dalam Bahasa Melayu. Mengikut terjemahan Kamus DBP, ianya bermaksud mengkaji burung. Pihak kami menerima maksud terjemahan yang lain dari Malaysia Nature Society yang mana telah memberikan maksud "Mencerap Burung" atau sebagai aktiviti pemerhatian burung. Mohon pihak DBP dapat memberikan maklumbalas kepada persoalan ini. Sekian, terima kasih.Bird-watching boleh diterjemahkan kepada mengkaji burung atau juga mencerap burung berdasarkan konteks penggunaan yang lebih sesuai. Tidak semua yang terlibat itu mengkaji burung, maka kata mencerap burung lebih sesuai digunakan dalam keadaan tertentu.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2015
12

Kembali ke atas