Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nawawi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nawawi Deeka belajar bahasa melayu dasar university fatoni ingin tertanya tentang bugu berhubungan degan sejarah fatoniUntuk makluman tuan, dalam rujukan kami, tiada buku  berhubungan dengan Sejarah Patani, Thailand.  Tuan juga boleh layari laman sesawang  DBP iaitu http://www.dbp.gov.my . Tuan boleh memilih judul-judul buku yang sesuai untuk tajuk tersebut. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya!   Lain-lain03.11.2015
Nadia Nawawi Jan 22nd, 12:26pm AS SALAM Saya ada soalan ingin bertanye di sini..saya telah mendaftarkan nama papan iklan perniagaan saya di website www.dbp.gov untuk pemeriksaan bahasa namun sudah lebih 24 jam masih belum dapat no.kelulusan dan jawapan.Saya perlukan ia secepat mungkin untuk tujuan perlesenan.Harap pihak puan /tuan dapat membantu. Terima kasih. Berikut adalah no Pendaftaran saya : 2391/2015- Restoran Brotherhood Western & Grill Yang Benar Fara Nadia 012 9167483Iklan tuan telah disemak dan diluluskan. Sila semak e-mel.Lain-lain22.01.2015
Aznil Haji Nawawi sering menggunakan perkataan “bersiaran”. Selain itu telah saya temukan perkataan “beriklan” (yang maksudnya “menyiarkan iklan", bukan ada iklan) dan “berinovatif”. Apakah pendirian DBP terhadap kewujudan perkataan seperti ini?Awalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Awalan beR- boleh bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja (siar) dan kata adjektif (inovatif). Oleh itu, beriklan hanya membawa makna mempunyai iklan dan tidak membawa makna menyiarkan iklan.Tatabahasa31.05.2007
ASSALAMUALAIKUM. Mohon pengesahan untuk ejaan مسجد الإمام النووي dengan ejaan bahasa melayu... Adakah menggunakan ejaan MASJID AL-IMAM AL-NAWAWI atau MASJID AL-IMAM AN-NAWAWI atau terdapat ejaan lain yang lebih tepat.. Terima kasih. Mohd Nazif Zakaria (0195477026)Ejaan yang betul ialah مسجد الإمام النووي mengambil kira bentuk ejaan yang mashyur bagi nama Imam Nawawi.Ejaan30.09.2019
Saya ingin menghubungi Puan Zaharah Nawawi yang pernah membimbing saya dalam penulisan sebelum ini . Saya ingin alamat email beliau .Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang ada Puan Zaharah Nawawi mengetuai KEPEZI dan beliau boleh dihubungi melalui persatuan tersebut.Lain-lain08.06.2012
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته Mohon pengesahan untuk ejaan مسجد الإمام النواوي dengan ejaan bahasa melayu... Adakah menggunakan MASJID AL-IMAM AL-NAWAWI atau MASJID AL-IMAM AN-NAWAWI atau terdapat ejaan laon yang lebih tepat.. Terima kasih. Mohd Nazif Zakaria (0195477026)

مسجد الإمام النووي Ejaan yang betul ialah

Ejaan29.08.2019
Asmlkm. Saya ingin mencari penulis novel atau cerpen untuk membantu saya menyiapkan novel saya. Ade sesiapa yang berminat telephone saya di 019 9707923. Terima kasehWaalaikumusalam wbk. Dalam hal tersebut, sdr bolehlah menghubungi Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KAPEZI) melalui laman web: kepezi.blogspot.com. Mudah-mudahan kelab tersebut boleh membantu projek novel/cerpen sdr. Selamat berjaya! Wassalam. Lain-lain27.09.2009
Syams El-Bahri El-Banjari WED 17:24 Syams El-Bahri El-Banjari Syams Assalam'alaikum... Salam kenal. Saye dari Kuala Tungkal-Jambi. Saya nak tanye, apakah Saye bise dapatkan buku novel Selempang Merah Panglima Shaleh oleh Zahara Nawawi?Waalaikumussalam. Untuk makluman, buku Selempang Merah Panglima Saleh masih dalam proses cetak semula. Mohon hubungi Encik Abd Khalid di Bahagian Pemasaran DBP melalui alamat e-mel abd.khalid@dbp.gov.my untuk mendapatkan perkembangan buku ini. Terima kasih.Lain-lain23.11.2016
salam, 1. bagaimanakah untuk saya menghubungi penulis-penulis seperti A. samad Said, Zaharah Zawawi dan Jamilah Alias?

Waalaikumusalam wbk. Alamat perhubungan bagi tiga orang penulis yang diperlukan iaitu:

1.   SN Datuk A. Samad Said, Lot 4-9-6, Pangsapuri Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur.

2.   Zaharah Nawawi, No. 53, Jalan USJ 4/1F, UEP, Subang Jaya, 47600 Petaling Jaya, Selangor D/Ehsan.

      Alamat e-mel beliau ialah nemoku@tm.net.my.  

3.  Jamilah Alias, No 8 - 3C, KM 1, Jalan Simpang 3, 45800 Jeram, Selangor D/Ehsan.

Dalam hal ini, pada kebiasaannya no telefon penulis di atas tidak dapat disertakan kerana tidak mendapat keizinan daripada penulis tersebut.

 Sekian, teima kasih dan wassalam.

Lain-lain26.06.2010
Bagaimana cara untuk menjadi penulis buku kanak-kanak? Tolong beri tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk memberi tunjuk ajar di halaman yang begini adalah sukar.  Saudara disarankan supaya mengikuti kursus penulisan karya kreatif yang sering dianjurkan oleh persatuan penulis.  Sila hubungi persatuan penulis yang berdekatan dengan saudara untuk mendapatkan keterangan lanjut.  Saudara juga boleh menghubungi KEPEZI yang diketuai oleh Puan Zaharah Nawawi seorang penulis wanita mapan Malaysia.  Radio IKIM juga kadangkala mengendalikan kursus penulisan kreatif.  Selamat mencuba dan berjaya.  Andainya saudara mempunyai manuskrip cerita kanak-kanak hantarkanlah kepada Ketua, Pusat Penyelidian dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara mahu Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan karya saudara.Lain-lain14.02.2010
12

Kembali ke atas