Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi neon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ne


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cam ne nak buat sajak sy teringin nak memahami maksud sajak yang berbahasa kiasan penuh dengan pesonafikasiAssalamualaikum wbk. Sdr. dicadangkan merujuk dan menghayati buku Panduan Menulis Sajak (terbitan DBP) karya Rahman Shaari. Dalam hal ini juga, sdr. digalakkan membaca puisi karya penulis lain terutama karya yang memenangi hadiah sastera, rajin mengikuti bengkel penulisan puisi serta banyakkan berkarya. Mudah-mudahan sdr. akan berjaya menjadi penulis/penyair yang baik. Sekian, teriama kasih.  Lain-lain11.10.2008
Selamat pagi Tuan/Puan. Saya ingin mendapat kepastian tentang beberapa sebutan pinjaman bahasa Inggeris. Sebagai contoh, sebutan perkataan 'Generasi' ,'Agen', 'psikomotor'. Perkataan 'generasi' perlu dieja sebagai ' Ge. ne..ra..si' atau 'je..ne..ra..si'? Terima Kasih.Generasi disebut /gé.ne.ra.si/ , agen disebut /a.gén/. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan- Jawi untuk rujukan selanjutnya.Tatabahasa18.01.2013
Ain Solehah AHA 2.19 PTG Ain Solehah Assalammualaikum...mcm ne utk terbitkn buku..mcm ne prosedur dia..?Salam, Untuk menerbitkan karya ke DBP, langkah awal, puan perlu menghantar manuskrip bercetak berserta surat penyerahan karya kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain03.09.2017
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke?Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah).Lain-lain15.11.2013
Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali 4 Disember 2015 2:58PM Salam admin... Saya nk tanye..mcm ne nk jd agen drooship utk buku2 dbp ye?Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin di talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my.Lain-lain04.12.2015
Apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan 'mengatakan' dengan 'menyatakan'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyatakan bermaksud menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja.


Manakala dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, mengatakan ialah  memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi.
Makna23.04.2014
Aminur Ariffan sedihnye da lepas...tiap2 thun menunggu info nak join...tapi hampa...last sya join thun 2000..thun lepas bulan 11 thun ne awal plak ye..Untuk makluman, tahun ini kembara bahasa bermula sebaik sahaja majlis pelancaran bulan bahasa kebangsaan 2013 peringkat kebangsaan diadakan. Insya-Allah, harap dapat sertai pada tahun hadapan. Terima kasih.Lain-lain18.12.2013
Assalamualaikum. Boleh saya bertanya apakah terjemahan bagi Speaker Dewan Rakyat dalam Bahasa Melayu? Saya perhatikan media arus perdana kita sering menggunakan istilah ini hatta di dalam dewan yang mulia di kalangan ahli-ahli parlimen. Terima kasih

Perkataan "Speaker Dewan Rakyat” sudah diterima pakai sebagai kata bahasa Melayu yang bermaksud  pegawai yang menjadi pengerusi dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan Ne­gara). (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah08.08.2020
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.
Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama.  Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza.  Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:
"pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara.
Istilah27.02.2017

Kembali ke atas