Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Manakah ejaan yang betul?Negara Thai. @ negara Thailand @ Thailand sahaja.CONTOH : Banjaran gunung Negara Thai. @ Banjaran gunung negara Thailand @ Banjaran gunung Thailand? Terima kasihUngkapan yang betul ialah negara Thai dan banjaran gunung negara Thai. Tatabahasa28.10.2011
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan Negara yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran. perlaktaan negara dieja huruf kecil atau besar? negara atau Negara?Perkataan "negara" ialah kata nama am,  dieja dengan huruf kecil  dalam ayat yang berikut: Berdasarkan Jadual 1, nyatakan "negara" yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran.Ejaan03.05.2023
Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Tatabahasa03.04.2012
Perang dunia melibatkan lebih dari/daripada 30 buah negara. 30 negara itu dikira organisasi atau tempat?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud negara ialah sesuatu kawasan yang didiami oleh masyarakat. Maka ayat yang betul ialah Perang dunia melibatkan lebih daripada 30 buah negaraTatabahasa11.02.2021
Manakah yang paling tepat ? "antara negara" atau "antara negara-negara" ? Terima kasih.Penggunaan yang tepat ialah "antara negara".Lain-lain25.05.2022
'Penubuhan institusi di dalam dan di luar negara' atau 'Penubuhan institusi di dalam negara dan di luar negara'. Mohon pencerahan ayat yang lebih tepat. Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Penubuhan institusi di dalam negara dan luar negara” kerana  perkataan “dalam negara” dan “luar negara” merupakan kata majmuk. Sehubungan dengan itu, perkataan “negara” yang pertama tidak boleh digugurkan.Tatabahasa04.01.2021
Menurut peristiwa sejarah sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain .Impaknya,anak-anak mereka akan mencintai negara kita untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama negara di watan Malaysia kerana anak-anak merupakan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Ibu bapa semestinya meneruskan untuk membangkitkan semangat cinta akan negara untuk anak . Selain itu ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam situasi negara.Di negeri Malaysia,anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.Hal ini dikatakan demikian kerana anak tidak memberi prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat.Anak kerap mengambil benar dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British media cetak media elektronik dan media alternatif.Video-video dan berita yang banyak akan mencermakan minda anak-anak mereka. Salam,Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih.
Menurut peristiwa sejarah, sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain. Impaknya, anak-anak akan mencintai negara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama Malaysia kerana anak-anak merupakan harapan bangsa dan pengemudi negara.

Ibu bapa perlu membantu untuk membangkitkan semangat cinta akan negara. Selain itu, ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam sesuatu keadaan di dalam negara.

Di Malaysia, anak-anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.

Hal ini  kerana anak-anak tidak memberikan prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat. Anak-anak kerap mengambil berat dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media alternatif. Video-video dan berita yang tidak ditapis akan mencemarkan minda anak-anak.

Puan perlulah banyak membaca bahan bacaan bahasa Melayu untuk menambah baik penguasaan bahasa Melayu. Sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan. 


Tatabahasa27.01.2021
1. Saya cinta akan negara. 2. Saya cinta kepada negara. 3. Saya cinta pada negara. Harap pihak tuan dapat memberikan sebab-sebab penggunaannya betul atau salah.

Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut;

1. Saya cinta akan negara...

Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

2. Saya cinta kepada negara...

Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad.

3. Saya cinta pada negara
Juga betul penggunaannya.

Tatabahasa14.08.2014
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?
Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.
Istilah05.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas