Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?)

Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.

Tatabahasa20.02.2011
Apa kesalahan ayat berikut? 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. 2.Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah.

1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. - ayat ini betul

2. Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. - salah dan penggunaan yang betul ialah dijatuhi. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.

Tatabahasa24.06.2011
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya.Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan.Lain-lain26.05.2018
Apakah panggilan hormat yang betul untuk menteri/timbalan menteri/pemimpin dari negara asing?Tidak ada contoh sapaan ketua negara asing dalam sumber rujukan kami. Untuk makluman tuan, sapaan atau gelaran yang digunakan adalah dalam konteks negara kita mengikut budaya/amalan dalam negara kita. Pada pandangan kami, jika ketua sesebuah negara menerima anugerah kebesaran daripada negara kita, barulah beliau disapa mengikut gelaran yang diterima. Melalui semakan kami dalam media juga, tidak ada kata sapaan yang digunakan bagi ketua negara asing, seperti Presiden Indonesia, Joko Widodo mengadakan lawatan kerja sehari ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri.Tatabahasa08.10.2015
Adakah seorang jeneral, koperal dan sarjan negara asing sesuai dirujuk menggunakan kata ganti diri ketiga "beliau" apabila menulis mengenainya?Boleh juga menggunakan kata ganti "beliau". Beliau ialah kata ganti diri ketiga untuk orang tua atau orang yang dihormati.Lain-lain27.10.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH.1. Mutiara Kata
2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.
Tatabahasa02.07.2013
melawat dan berkunjung kedua-dua perkataan ini sama maksud atau tidak sama? Sila berikan contoh ayat . Terima kasih.Antara maknanya ialah pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah. Untuk keterangan lanjt sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2009
Salam sejahtera, tuan. Apakah yg dimaksudkan dgn "mancabangsa"? Perkataan ini saya ketemukan dalam buku Kumpulan Puisi Mencari Makna Diri tulisan Tuan Pengarah DBP. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat, terdapat perkataan mancanegara, iaitu negara asing atau negara luar. Melalui takrifan tersebut, mancabangsa boleh ditakrifkan sebagai bangsa asing atau bangsa luar.Makna06.11.2013
SAYA INGIN TAHU ISTILAH APA PERBEZAAN LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI ITU CONTOH PAHANG DAN PERAK DIKATAKAN LUAR NEGERI ATAU LUAR NEGERI ITU LUAR NEGERI DARIPADA LUAR NEGARA MALAYSIA. APA PULA ISTILAH LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA SAMA ISTILAH.SEKIAN.Kedua-duanya boleh digunakan jika merujuk kepada negara asing. Bagi istilah"foreign" pula padanannya ialah "luar negeri". Dalam konteks negara kita Malaysia jika kita berada di Kuala Lumpur, maka luar negeri itu merujuk kepada negeri-negeri lain dalam negara.Tatabahasa25.11.2010
1)Apakah maksud 'bangsa asing' dari segi bahasa dan istilah? 2)Perbincangan mengenai pengajaran bahasa melayu kepada bangsa asing.Bangsa asing bermaksud bangsa di luar kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Contohnya, bangsa asing  yang datang dari negara- negara  Afrika dan benua Asia yang lain ke Malaysia untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja. Pengajaran bahasa Melayu yang sesuai kepada kumpulan ini perlu dilihat dari segi keperluan dan latar belakang kumpulan berkenaan.  Makna03.02.2008
12345

Kembali ke atas