Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
 ...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi:  1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;Makna28.09.2010
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih.

Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Imbuhan  meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan  i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih

Tatabahasa21.05.2009
Dengan hormatnya saya ingin membuat pertanyaan kepada pihak DBP (sebagai pemegang hak cipta buku ini) tentang penterjemahan buku "Saya Dari Hujung Kota" oleh Sasterawan Negara Noordin Hassan ke dalam bahasa Inggeris. Sebabnya adalah kerana saya berniat bahawa buku yang asalnya ditulis dalam Bahasa Malaysia ini harus dipamerkan kepada pihak pembaca-pembaca antarabangsa / dunia sebagai satu contoh keindahan kesasteraan dan budaya Melayu. Dengan hormatnya saya melampirkan fail contoh penterjemahan saya untuk pertimbangan Tuan/Puan dan saya berharap mendapat balasan dari pihak Tuan/Puan tentang cadangan saya ini. Sekian, terimakasih.Berhubung dengan pertanyaan tuan, kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek DBP. Tuan boleh menghubungi ketuanya, Puan Hajah Kamariah Yusof, melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain15.04.2015
pendapat sasterawan negara seperti a.samad said,usman awang,shahnon ahmad tentang sastera atau makna atau pendapat mereka tentang sasteraPendapat sasterawan negara (seperti nama-nama yang dinyatakan) tentang sastera boleh dirujuk pada buku terbitan DBP berjudul Ucapan Penerima Anugerah Sasterawan Negara - SASTERA DAN KEMANUSIAAN. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur, Pejabat-pejabat DBP Wilayah (Timur - di Kota Bharu, Kelantan atau Utara - di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau Selatan - Larkin Perdana, Johor Bahru) atau boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Lain-lain09.02.2008
Assalamualaikum Tuan/Puan, Sebagai introduksi, nama saya Mohd Ayub bin Ladin. Saya seorang pelajar tajaan MARA ke Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Mohd Ayub ingin tanya DBP kenapa tidak ada perkataan Bahasa Melayu untuk 'United Kingdom'. Sebagai rujukan, bahasa kita sudah pun ada perkataan untuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Mesir dll. Bahasa kita dah semakin matang dan lengkap. Adalah agak memalukan bahawa kita masih menggunakan bahasa penjajah untuk negara UK. Mohd Ayub telahpun berbincang isu ini dengan kawan-kawan. Kita cadangkan nama 'Tanah Bersepadu' adalah translasi yang berpatutan. Sekian, Mohd Ayub bin Ladin.Untuk makluman, nama negara dan ibu kota telah dibincangkan dalam Sidang Ke-31 Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia pada tahun 1992. Antara keputusannya ialah: Nama-nama negara dan ibu kota yang telah lazim digunakan dalam versi bahasa Inggeris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah dikekalkan walaupun negara berkenaan mempunyai versi bahasanya sendiri. Nama negara dan ibu kota yang telah biasa dikenali dengan nama bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Berdasarkan maklumat di atas, United  Kingdom dikekalkan ejaan versi bahasa Inggeris dan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Mesir diterima kerana telah biasa dikenali dalam bahasa Melayu.Lain-lain04.02.2011
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011
There are no speed limit signs on the road and highway of Kota Kinabalu and in Sabah per say. How can the police issue a summon saying that we have exceeded the speed limit - What speed limit are they refering to (in KL is 110km or 90km) but here nothing!! Is it justified that they issue the summons for driving at 110km on KK road??? What double standard are they practicing. They must first put up the speed limit sign so that drivers can abide to. Is this Malaysia Boleh for us law abiding citizens? Pihon terjemahan kepada bahasa melayu yang tepatPihak kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Kami hanya menyemak teks terjemahan teks pendek yang telah disediakan. Untuk mengadapat mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03- 41497210. Lain-lain04.02.2008
Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera. Saya amat berminat untuk mengikuti kursus Terjemahan anjuran DBP kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang penterjemahan, penyuntingan dan penulisan. Bagaimanakah prosedur untuk berbuat demikian? Sekian, terima kasih. MOHD FAIZAL BIN ABDUL GHANI GURU BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTAUntuk makluman DBP tiada menyediakan kursus penterjemahan samada untuk staf DBP dan juga pelanggan luar.Pihak tuan boleh merujuk Institut Terjemahan Negara untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus penterjemahan yang di perlukan.Terima Kasih. Lain-lain06.01.2008
Assalamualaikum wr.wb. dan salam 1Malaysia, Tuan, Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah maksud serta perbezaan kata berikut: -Pelan Strategi -Pelan Taktikal -Pelan Operasi -Pelan Tindakan 2. Apakah pula maksud serta perbezaan kata berikut: -Teknik -Cara-cara -Kaedah -Pendekatan 3. Apa pula perbezaan kata: -Rangkai kata -Sari kata -Kota kata 4. Apakah maksud 'keanekaragaman susuk ayat'? Mohon penjelasan dengan segera. Terima kasih. Wassalam Ahmad Nasrun Kudat Sabah 2.

1. Pelan strategi bermaksud rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan. Pelan taktikal berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan.  Pelan operasi berkait dengan perjalanan atau kegiatan yang dilaksanakan. Pelan tindakan ialah langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan.

2. Teknik - 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. Cara-cara - 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacara.  Kaedah -  cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan - 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

3. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Sari kata ialah terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan. Kota kata (yang tepat ialah mengotakan) bermaksud menepati (melaksanakan) janji dll.

4. Keanekaragaman susuk ayat bermaksud bentuk atau susunan ayat yg beraneka ragam.

 

Istilah02.03.2010
Selamat sejahtera. Boleh Tuan/Puan bantu tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat klasik? Terima kasih. Hutang nyawa, harus dibayar dengan nyawa. Beta akan pastikan Gapura Ilmu menjadi padang jarak padang tekukur. Bersiap sedia untuk menggembleng tenaga melawan angkatan tentera beta yang gagah perkasa. Jikalau Gapura Ilmi punya muallim, Jentayu Emas punya lebih dari itu. Jikalau Gapura Ilmi mempunyai kota yang menempatkan sebuah markas tentera, Jentayu Emas tidak hairan akan itu. Hantarlah selautan tentera sekalipun, tentera beta tidak akan dapat ditewaskan. Sultan negara tuan hamba saja sudah mangkat dibunuh beta, bahkan putera mahkotanya jua. Adapun jika tuan hamba tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai panglima, letak saja jawatan itu. Tak usah memalukan nama negara tuan hamba yang kononnya gah di mata dunia itu.

Untuk makluman tuan, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan dalam bahasa asing termasuklah bahasa klasik. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang telah merakamkan entri bahasa klasik dengan label kependekan kl seperti arakian yang bermaksud sesudah dan selepas itu dan syahadan yang digunakan pada permulaan cerita yang membawa maksud selanjutnya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku terbitan DBP seperti Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Ular Nangkawang, Hikayat Asal Mulanya Wayang, Hikayat Malim Deman dan lain-lain untuk rujukan bentuk penulisan bahasa klasik yang bersesuaian.

Sastera24.12.2023
12

Kembali ke atas