| Dia sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun demi negaranya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Ayat yang gramatis ialah "Dia sanggup menggadaikan nyawanya demi negara." | Tatabahasa | 16.02.2012 |
| ingin tahu maksud patriot, patrotik,patrionisem. | Makna perkatan patriot ialah orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Patrotik tidak wujud dalam bahasa Melayu (mungkin kesalahan ejaan semasa menaip). Ejaan yang betulnya ialah patriotik yang bermakna bersifat patriot. Perkataan 'patrionisem' juga tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berkemungkinan ejaannya salah. Ejaan yang betul ialah patriotisme yang bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 13.09.2008 |
| apakah perkataan yang sesuai untuk bekas pejuang negara | Merujuk Kamus Dewan tidak ada kata khusus (dalam satu perkataan) untuk merujuk tokoh pejuang negaranya, lazimnya disebut sebagai wira negara atau frasa lain yang setara maknanya. | Lain-lain | 26.06.2010 |
| Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. | Makna | 07.08.2014 |
| Apakah yang dimaksudkan dengan patriotik? Sila jelaskan secara lebih terperinci. | Perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang bermaksud orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala patriotik bermaksud bersifat patriot. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.04.2009 |
| Nama saya Sumaiyah Mateh belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna cinta? | Menurut data kami, maksud perkataan cinta ialah 1 (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kepada negara, ibu bapa dan lain-lain: ~nya kepada ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kepada negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik, kasih dan sebagainya; sangat tertarik (kepada laki-laki atau perempuan): ~nya yang tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yang setia itu sangat ~ kepada suaminya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cinta | Makna | 09.11.2015 |
| Assalamualaikum. Perkataan bilionair ada dalam Kamus Dewan ke-4. Tetapi apabila saya buat carian Billionaire saya mendapat jawapan Jutawan sama seperti untuk Millionaire. Adakah kata bilionair (Kamus Dewan ke-4) boleh digunakan sebagai terjemahan untuk Billionaire? | Ya. Kata bilionair boleh digunakan dengan maksud orang yang memiliki harta atau wang yang bernilai sekurang-kurangnya satu bilion unit kewangan negaranya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 293). | Makna | 24.10.2023 |
| apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran? | Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.06.2010 |