"Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar." atau "Pembakaran terbuka banyak membawa kesan negatif terhadap alam sekitar." Antara yang berikut, yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Ayat yang betul ialah 'Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar.' Kata bilangan banyak menjadi penerang pada frasa nama kesan dan hadir sebelum frasa tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kredit | Sila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1 | Lain-lain | 19.09.2007 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" bagi perkataan-perkataan yang berikut. 1. ... ialah maksimum ATAU ... adalah maksimum? 2. ... ialah minimum ATAU ... adalah minimum? 3. ... ialah positif ATAU ... adalah positif? 4. ... ialah negatif ATAU ... adalah negatif? Selain itu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung "yang" sama ada perlu ada atau boleh sahaja jika ditiadakan? Contoh: ... berdasarkan pernyataan yang berikut ATAU ... berdasarkan pernyataan berikut? Terima kasih. Salmah Ibrahim | 1. ... ialah maksimum ... 2. ... ialah minimum ... 3. ... ialah positif ... 4. ... ialah negatif ... 5. Tidak perlu kata hubung 'yang', berdasarkan pernyataan berikut ... | Tatabahasa | 01.02.2012 |
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA' | Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 20.01.2009 |
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)? | Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau. | Lain-lain | 22.08.2007 |
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan. | Makna | 17.02.2011 |
Salam, saya ingin bertanya tentang perkataan "bermaharajalela". Apakah perkataan tersebut khusus untuk perkara-perkara negatif? Contoh ayat:- "Semenjak kebelakangan ini, peragut- peragut semakin bermaharajalela di tempat ini." Sedangkan Dato' Maharajalela merupakan pejuang tanah air. Harap pihak DBP dapat mengkaji perkataan ini. Selain itu, saya juga berharap maklumbalas daripada pihak DBP.Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, perkataan bermaharajalela lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang berunsur negatif. Hal ini bermungkinan terjadi sedemikian kerana kata terbitan bermaharajalela itu disandarkan kepada maksud asal maharajalela, iaitu menteri yang tugasnya memenggal kepala orang yang bersalah kepada raja. | Tatabahasa | 03.12.2012 |
1. Adalah sukar untuk Aminah mempercayai kelakuan negatif anaknya, Misran. Ayat ini betul atau salah? 2. Adakah perkataan jurupandu? | Ayat ini salah kerana mengikut struktur bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, kata pemeri tidak boleh digunakan di permulaan ayat. 'adalah' ialah kata pemeri. Ejaan jurupandu betul. | Tatabahasa | 13.09.2008 |
APAKAH MAKSUD ATAU DEFINSI BAGI TINDAKAN PEGAWAI YANG ENGKAR ARAHAN DAN BERFIKIRAN NEGATIF? | Maklumat yan saudara perlukan tidak ada dalam sumber rujukan kami, Kamus Dewan menyenaraikan makna bagi perkataan atau frasa yang biasa digunakan, bukan dalam bentuk ayat. | Makna | 23.10.2009 |
ingin mencari contoh-contoh kata nafi | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262 dan 493. | Tatabahasa | 24.11.2010 |