Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih. | 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Slm, Mohon semak ayat di bawah betul atau tidak. a)Beliau pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin. b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana rasa keropok lekor yang sedap dan harga yang murah. c)Bahan utama keropok lekornya didapati terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilangnya. Tq | Selamat tengah hari, Sila lihat pembetulan: a)Beliau merupakan pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin. b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana sedap dan harga yang murah. c)Bahan utama keropok lekor diperoleh terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilang. Sekian, terima kasih | Tatabahasa | 08.08.2016 |
Selamat sejahtera, Pada suatu hari, seorang nelayan pergi menangkap ikan di tengah tasik. .... Akhirnya, si nelayan berjaya mendapat tiga ekor ikan sebesar tapak tangan. 'si nelayan' perlu ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih. | Kata penyerta "si "yang digunakan di depan nama orang ditulis dengan huruf kecil, seperti si hitam dan si pencuri. | Tatabahasa | 28.07.2016 |
Sila nyatakan kesalahan yang terdapat dalam ayat ini: Perahu-perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh. | Perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan? | Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Tolong betulkan ayat berikut: 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menjerat ikan. 2. karim sedang memperbaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai di sekolah kerana keinggalan bas. terima kasih | 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menangkap ikan. 2. Karim sedang membaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai ke sekolah kerana ketinggalan bas. | Tatabahasa | 03.05.2011 |
Assalam....boleh saya dapatkan maksud nelayan pesisir pantai | Menurut Imron (2003) dalam Mulyadi (2005), nelayan adalah suatu kelompok masyarakat yang kehidupannya tergantung langsung pada hasil laut, baik dengan cara melakukan penangkapan ataupun budidaya. Mereka pada umumnya tinggal di pinggir pantai, sebuah lingkungan pemukiman yang dekat dengan lokasi kegiatannya. Maksud istilah nelayan pesisiran pantai merujuk kepada penduduk yang berada di persisiran pantai yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut dan dikenali sebagai nelayan di sesebuah tempat tersebut. | Makna | 30.11.2016 |
Pak Kasim seorang nelayan. ... turun ke laut menangkap ikan. a) Beliau b)Aku c)Dia "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada ____ untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran - Mu", doa Ali dengan sayu. a) Hamba b) Patik c) Aku | 1. Pak Kasim seorang nelayan. Dia turun ke laut menangkap ikan. 2. "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada aku untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran. | Tatabahasa | 28.05.2009 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Orang tua itu bertongkat semasa berjalan. 2. Nelayan itu sedang menjala / menjala ikan di tepi pantai. Terima kasih. | 1. Orang tua itu menggunakan tongkat semasa berjalan. 2. Nelayan itu sedang menjala ikan di tepi pantai. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
Pak Ali seorang nelayan. Dia/Beliau menangkap ikan setiap hari. Pak Ali seorang tua. Adakah boleh guna beliau sebagai tanda hormat? | Beliau merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang sesuai digunakan untuk orang tua atau orang yg dihormati. Oleh itu, perkataan beliau boleh digunakan bagi merujuk kepada Pak Ali. | Tatabahasa | 13.08.2020 |