adakah ejaan bagi perkataan neo-kolonisme ini tepat? contoh ayat: 1. Malangnya, rasa rendah diri dan minda terbelenggu ini berterusan pada zaman neo-kolonisme | Ejaan yang betul ialah "neokolonialisme". | Istilah | 14.02.2022 |
Salam. Apakah perbezaan analisis dengan analisa? Apakah maksud neokonisme? Berikan contoh kata-kata majmuk. Sekian, terima kasih. | Istilah yang betul ialah analisis, bukan analisa. Tidak ada perkataan neokonisme dalam bahasa Melayu, yang ada ialah neokolonialisme yang bermaksud peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara lain yg baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi. Contoh kata majmuk : gambar rajah, alat tulis, kanta tangan, dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan contoh kata majmuk yang lain. | Istilah | 12.06.2010 |