Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. per­bandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagang­an Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukuman­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1 alat penimbang yg berdaun dua dan lengannya sama panjang (pd daunnya yg sebelah diletakkan barang dan pd daun yg sebelah lagi diletakkan batu penimbang). 2 sesuatu yg diguna­kan utk menimbang. ~ spring neraca yg memakai spring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
neraca (kata nama)
1. Bersinonim dengan dacing: alat timbang, penimbang, mizan,

2. Bersinonim dengan perimbangan: perbandingan, kadar, nisbah, nilai.,


Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008

Kembali ke atas