Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata netizen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hai saya rani pelakar phd dari ukm.saya sedang mencari perkataan bahasa melayu yg sesuai untuk netizen.di malaysia banyak gelaran yg diberikan untuk netizen termasuk warga maya, komuniti maya,warga siber dan komuniti internet.soalan saya gelaran mana yang diiktiraf oleh pihak DBP. Soalan kedua saya ialah megenai gelaran untuk citizen journalism.adakah mereka harus digelar sebagai wartawan warga atau wartawan warganegara.sekian.terima kasih atas bantuan anda.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "netizen" ialah netizen. Istilah "citizen journalism"  belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah wartawan warganegara.Istilah15.03.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya berkenaan dengan perkataan "netizen". Adakan perkataan ini baku dan diperakui oleh DBP? Sekiranya tidak, sila cadangkan penggunaan kata yang lain. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan istilah "netizen" diterjemahkan sebagai "warga siber".Istilah16.04.2022
Pihak DBP Saya ada soalan dan kemusykilan.. Netizen indonesia skrg giat mnuduh Malaysia Menyalin@ mencuri 62 000 kosa kata bahasa indonesia.. Tuduhan ini mmg Sgt mnyakitkan.. Sy pd mulanya Cuba utk mempertahankan maruah bahasa melayu malaysia dgn berhujah dgn netizen seberang tpi mreka punya fakta Dan akhirnya sy juga hanya mampu diam.. Sy juga tak sgka bnyak perkataan indonesia dlm kamus melayu dbp sehingga seperti mengiyakan tuduhan Malaysia mencuri kosa kata bahasa indonesia.. Tambah memburukkan keadaan bila ramai rakyat kita juga terikut ikut menulis dalam bahasa indonesia.. Di sekolah juga murid2 sekolah l lancar berbahasa indonesia.. Hal ini harus dibimbangkan kerana bahasa adalah salah satu lambang kedaulatan negara.. Apakah lngkah2 yg boleh Di lakukan utk mngatasi isu dan masalah2 ini? Sekian terima kasihUntuk makluman tuan, soalan tuan telah disalurkan kepada Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pegawai Bahagian Perkamusan akan menghubungi tuan melalui e-mel atau panggilan telefon untuk memberikan penerangan lanjut.
Lain-lain21.05.2024
Ada sesetengah laporan media menggunakan istilah "warganet" yang merujuk kepada "netizen". Adakah "warganet" boleh diguna pakai secara rasmi?Istilah warganet masih belum wujud dalam pangkalan data kami, merujuk kepada istilah bahasa Melayu daripada bidang teknologi maklumat, istilah netizen boleh digunakan.Istilah27.12.2018
apa maksud kimchi, ramen, tteokbokki, gadget, generasi alpha, smirk, netizen, deluluSila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi kata bahasa asing yang telah terserap masuk ke bahasa Melayu seperti gajet dan chalet. Maklumat tentang kelas kata, makna, contoh penggunaan termasuk asal usul beberapa kata dibekalkan dalam kamus ini. 

Bagi kosa kata bahasa asing yang belum diterima, saudara boleh menyemak kamus bahasa sumber kata tersebut untuk memperoleh maklumat berkaitannya.

Untuk maklumat ringkas sila layari https://prpm.dbp.gov.my.
Makna11.11.2024
Bagaimanakah proses peristilahan bahasa Melayu berlaku? Contohnya penciptaan istilah baharu dalam media sosial seperti swafoto, netizen, tular, tanda pagar, emotikon dan sebagainya. Sebelum ini penggunaan perkataan selfie kerap digunakan namun, kini DBP telah mencipta istiah baharu dalam bahasa Melayu iaitu swafoto. Boleh saya tahu bagaimana proses peristilahan ini berlaku berdasarkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu.Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu  bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.Istilah15.10.2020
Salam. Saya mempunyai pertanyaan berkenaan frasa yang digunakan dalam kempen yang sedang saya usahakan. Frasa tersebut adalah BAK DATANG (kependekan daripada Bawa Datang). Sebagai konteks, frasa ini digunakan untuk empowerment kepada pengguna apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Contoh: Bak datang segala tekanan. Bak datang semua cabaran. Bak datang perasaan ragu-ragu. Bak datang dalam semua ini berhasrat untuk menggalakkan pengguna untuk tidak gentar serta menjadi berani. Buat pengetahuan Tuan/Puan, frasa bak datang sangat popular di kalangan netizen sebagai rallying call untuk apa sahaja, daripada bangun awal hinggalah kepada menghabiskan menonotn seluruh season series di Netflix. Saya ingin bertanyakan, adakah frasa Bak Datang ini dibenarkan untuk muncul di papan iklan? Jika mempunyai halangan, apakah frasa alternatif yang serupa dengan Bak Datang yang boleh saya gunakan dan mendapat pelepasan dari pihak Tuan/Puan? Terima kasih!
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bak bermaksud  sebagai dan seperti. Penggunaan bak dalam frasa bak datang bagi membawa maksud bawa datang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu.

Cadangan kami ialah hadapi segala tekanan, hadapi semua cabaran sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat. 
Makna05.05.2021

Kembali ke atas