Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan? | Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu. Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut: dara دارا 1 adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina. Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu: teruna ترونا adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak. | Lain-lain | 09.06.2021 |
help translate to Bahasa Msia for questionnaire "Never, Rarely(up to one time monthly), Occasionally (once-twice monthly), Sometimes(about once a week), Often(two-three times weekly), Daily or almost daily" | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2025 |
Bagaimana menterjemahkan istilah "forsake" dalam ayat di bawah? -- My mother never forsake me, altough i am a drug addict for so many years. Forsake dalam ayat ini sebenarnya bermaksud "terlalu kecewa terhadap orang ini sehingga bertindak untuk tidak mempedulikan dia lagi. Adakah perkataan "meninggalkan" padanan yang sesuai untuk perkataan ini? Ataupun ada padanan lain? | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terjemahan forsake ialah meninggalkan dan terjemahan ini boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.09.2012 |
1) Why do the mimosa feel shy? Mengapakah pokok semalu berasa malu? adakah perkataan "berasa" boleh digunakan untuk terjemahan tersebut. 2) Why do tear never run out? adakah terjemahan ini bersesuaian dengan Mengapakah air mata tidak pernah habis? 3) Why do we need to go to the toilet when we're nervous? Mengapakah kita perlu ke tandas apabila berasa gugup/ cemas/ gemmentar/ berdebar-debar? antara perkataan gugup/ cemas/ gementar/ berdebar-debar yang manakah paling sesuai? | 1. Perkataan berasa tidak sesuai digunakan dalam terjemahan ayat yang diberikan. Dicadangan supaya diterjemahkan kepada Mengapakah pokok semalu seakan-akan malu? 2. Terjemahan ayat yang lebih tepat ialah Mengapakah air mata tidak pernah kering? 3. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan gugup, cemas, gementar dan berdebar-debar boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 05.06.2018 |
Saya ingin tahu sama ada istilah Bahasa Melayu khusus untuk istilah 'Rickrolling'. Rickrolling is an Internet meme[1][2] involving the music video for the 1987 Rick Astley song "Never Gonna Give You Up". The meme is a bait and switch; a person provides a hyperlink seemingly relevant to the topic at hand, but actually leads to Astley's video. Berdasarkan penerangan Wikipedia di atas, apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah tersebut? Atau kekalkan sahaja istilah 'Rickrolling'? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rickrolling". Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 01.04.2013 |
As Malaysians , we are always looking for the best buts everywhere we go. we compare prices and sometimes we regret for not buying the items earlier. At MR DIY, prices are always kept low so you will never regret. instead, you will be thankful you waited till you've come to MR DIY | Salam Sejahtera. Mohon hantar iklan tuan/puan ke dbpsahbahasa.my untuk pengesahan bahasa. Terima kasih. | Lain-lain | 06.07.2017 |
Barilyne Sakamoto Sep 19th, 5:22am Dear Sir or Madam, We are going through old open orders and came across one for "Traditional Malay Literature"/ Harun Mat Piah ... on purchase order #OUZM170636. We had ordered it on March 7, 2007 and never received it so please check on the status of the order whether it's on back order or has been cancelled. Sincerely yours, Barilyne Sakamoto ************************************************** University of Hawaii Library Acquisitions Dept., Receiving Section 2550 McCarthy Mall Honolulu, HI 96822 USA Ph. (808)956-2610, Fax (808)956-8596 Email: monorec@hawaii.edu ************************************************** | Kami akan semak dan majukan perkara ini kepada pihak yang berkaitan. Terima kasih. | Lain-lain | 19.09.2014 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in o’s bed, mati kumlah; ~ in /harness, o’s boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: he’s dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.) | Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. | Lain-lain | 23.04.2020 |